Transformasi JTK - Sudahkah kita bersedia?


TRANSFORMASI

Atau dalam kata yang lebih mudah dan kurang bombastik, perubahan. Saya kira kat mana2 pon kita sering cakap pasal perubahan. Malaysia pon ada pelan transformasi, malah Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) di Universiti Malaya pon siap buat seminar transformasi JTK.

Tapi ini soalan saya. 

Bersediakah kita menghadapi perubahan ini?

Bercakap mengenai perubahan, banyak perspektif yang saya ingin utarakan dengan pelbagai contoh daripada kebanyakan aktiviti yang saya sertai. Tapi untuk entry kali ini saya kira lebih baik kalau saya fokuskan kepada transformasi di peringkat JTK. 

Buat mereka yang membaca entry saya ini dan tak boleh nak brain apa tu JTK., JTK merupakan satu badan pelajar yang tertinggi di peringkat kolej. Barisan kepimpinan JTK ini saya percaya ada di hampir semua IPTA cuma brandingnya mungkin tidak sama. JTK di UM merupakan jambatan penghubung di antara pentadbiran dan pelajar selain membantu pentadbiran menjaga kebajikan pelajar. JTK jugalah yang bekerja di sebalik tabir untuk projek2 kolej kediaman yang mana kita boleh tengok masuk dalam ruangan surat khabar bahagian aktiviti mahasiswa. 

JTK KK7
Tapi, anda kena tahu juga, JTK tidak berbayar, tiada elaun tiada kelebihan (bergantung kepada kolej masing2, in this case, kolej saya mcm tak ada). Apa yang JTK ada adalah suara. Suara JTK lebih didengari oleh pentadbiran dan mereka memiliki kuasa yg tidaklah banyak kebaboom tapi cukuplah untuk menyuarakan suara2 student marhaen di kolej. Saya merupakan salah seorang dalam kepimpinan tertinggi JTK kolej saya. Dan apa yang saya nak ceritakan di sini dalah pandangan peribadi saya mengenai transformasi JTK.

Bukan tujuan saya menulis entry ini untuk bash mana2 pihak, menyelar mungkin sedikit (kalau ada yang terasa mohon ampun awal2) ataupun mencari musuh (parents saya ckp jgn cari musuh). Tapi saya tulis ini untuk menjawab persoalan di minda beberapa golongan pelajar yang muncul menpertikaikan usaha untuk mengtransformasikan JTK di kolej kediaman dan untuk memberi pendapat secara personal sejauh mana keberkesanan transformasi JTK.

Kali pertama saya mendengar mengenai transformasi ini saya pon tak ingat bila tapi saya mengambil kira perkataan ini secara serius sewaktu seminar JTK yang diadakan awal semester sesi ini. Banyak slot yang membincangkan isu-isu berkaitan mengenai transformasi ini. Antaranya (saya tak ingat nam slot tapi saya ingat isi penting) isu pengantarabangsaan projek kolej, keberkesanan projek kolej, ciri-ciri leader dan banyak lagi. Dan sejujurnya pada hari pertama seminar, saya bersemangat waja mcm besi untuk jalankan transformasi ini ke atas team saya. Saya rasa pada ketika itu wahh mampu nak buat transformasi, senang ni sebab team pemudahcara mahasiswa saya pada sesi ini telah berjaya membuat beberapa perubahan yang bagi saya berkesan dan membanggakan. Tapi, pada hari kedua transformasi ni, saya ke tandas untuk membuang hajat dan pada ketika itu, terdetik di fikiran saya akan kekangan yang mungkin akan dihadapi apabila sesebuah organisasi ditransformasikan. 

Slot Forum Transformasi JTK menjadi platform untuk saya utarakan persoalan ini kepada panel yang mana salah seorang daripada mereka merupakan pengetua kolej saya. Soalan dan pendapat berbunyi sebegini,

"...Transfomasi sememangnya perkara baru dan bagus, tetapi saya ingin utarakan persoalan di minda saya kepada pihak panel. Adakah kita bersedia untuk ditransformasikan? Maksud saya sejauh mana kita ingin menerima perubahan? Banyak kekangan yang kami akan terima apabila melalui proses transformasi ini seperti pembahagian bajet, AJK, siapa felo in charge dan banyak lagi. Dan saya kira masalah-masalah sebegini bukan lahir daripada ketidaksediaan JTK semata-mata tetapi pihak pengurusan juga memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan transformasi ini.."

Jadi itu merupakan soalan saya dan saya ubah sedikit ayatnya kerana itu sahaja cebisan memori yang melekat dalam otak saya mengenai hari itu. Dan jawapan daripada salah seorang panel (tidak saya dedahkan siapa walaupun saya kenal) adalah

"Sebelum awak tanya kami (pihak pengurusan) bersedia atau tidak, saya nak tanya awak dulu, adakah awak bersedia?" _ ini bukanlah complete set jawapan beliau, tapi inilah yang paling saya ingat sampai sekarang sampai terngiang-ngiang di telinga. 

Begitulah jawapan beliau yang menyebabkan saya agak sedikit kecewa kerana saya utarakan persoalan itu kerana saya sememangnya bersedia. Malah sewaktu saya menerima jawatan ini, saya mempunyai hasrat untuk mengubah pasukan saya ke arah yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. 

Jadi itulah mukadimah saya mengapa saya menulis entry ini kerana saya ingin menjawab soalan beliau dan soalan saya sendiri. Setelah satu semester memegang jawatan ini, ingin saya abadikan pendapat saya yang tak seberapa ini di blog saya untuk rujukan masa hadapan. 

Pengalaman saya di kolej sepanjang satu semester ini membuka mata saya antara sebab mengapa kita sebenarnya acah-acah bersedia tapi hakikatnya kita masih belum sampai tahap itu. 



1. Masa
Masa sangat penting. Yang nie tak perlu kupas lebih lanjut kot. Masa kita belajar satu semester hanyalah lebih kurang 4-5 bulan. Dan bagi projek-projek kolej, pengarah akan berebut tarikh2 hot untuk dijadikan tarikh projek mereka. Ada yang sebab takde tarikh, kena buat awal sikit. Bila buat awal sikit, masa tak cukup, lepas tu terus cancel. Sebagai pelajar, saya pasti masa untuk kita fkir pasal JTK ini kebanyakannya pada waktu malam bila kelas dah tamat. Waktu itulah otak kita pening masuk meeting, duduk perah otak dengan anak buah mcm mana nak cari tajaan untuk projek bla3. Jadi untuk melaksanakan sesuatu yang besar seperti projek-projek bersifat national dan international agak sukar dengan masa yang terhad. Dan seperti mak ayah saya selalu pesan, belajar itu keutamaan, jawatan no 2. Walaupon kadang2 saya rasa saya agak lari daripada pesanan parents saya, tapi itulah, sekiranya kita betul2 nak fokus pada sesuatu projek, kita kena free mcm time cuti semester ini, haaa buatlah semua gerak kerja macam apa yang JTK buat untuk KAKUM. 



2. Wang
Kadang-kadang projek berstatus antarabangsa tapi bajet alahai sedihnya. Pembahagian bajet juga tidak kena, projek yang tak memberi impak dapat duit banyak, yang baru pertama kali nak buat tapi status lebih tinggi dapat duit terhad. Alasan bermacam2 diberikan (saya terima jugaklah kadang2). Carilah sponsorship! katanya lah. Tapi untuk dapat kelulusan cari sponsor pon dah amek masa nak dekat 2 minggu, ada jugak yang hampir sebulan. Sponsorship pon bukan senang nak dapat. 


3. Ahli jawatankuasa
Haaa ini adalah kes anak buah yang tak bersedia. Ketua bersedia bagai nak rak, anak buah tak bersemangat takde gunanya. Benda ini terjadi pada projek kolej saya sendiri. Ketua sub kerja kat anak buah, anak buah cakap kencang kerja x jalan, anak buah lari, projek terus tak jadi. (tak perlu dimention projek apa) Tapi ini realiti. 


4. Minda
Bak kata felo yang saya hormati, kita nie nak berubah. kita nie nak perubahan tapi mental kita seperti negara kelas ketiga, jadi macamana nak maju? Ramai yang saya lihat bila saya cakap pasal perubahan, wow bersemangat waja, tapi usaha takde. Bukan setakat usaha, sikap pon tak tunjuk pon mcm nak berubah. 


5. Sokongan
Ini saya rasa paling penting dan patut dihighlight di sini. Sesebuah projek tidak akan berjaya tanpa sokongan pelbagai pihak. Baik dari pihak pengurusan mahupun warga kolej. Apa yang jadi di kolej saya ialah, buat projek crowd yang turun ciput. Padahal untuk jalankan projek pelbagai usaha dan air mata dicurahkan, bila hari kejadian penonton sikit. Dari segi pihak pengurusan, ini paling penting, kalau pengurusan tak bersedia untuk berubah, JTK berubah pon takde gunanya. Sebab kuasa paling tinggi di tangan mereka. Jadi saya harap rakan-rakan di luar sana bila tak dapat kemudahan kolej ke apa ke, tak puas hati itu ini, jangan melulu maki JTK kat luahan UM. Kadang2 bukanlah salah JTK sepenuhnya, benda tu mungkin keputusan pihak atasan. Kadang2 jugak melibatkan kekangan kewangan, Jadi sebelum nak meluah, siasat dulu okay? :)

Jadi ini sekadar pendapat saya semata-mata. Banyak lagi point-point yang mampu memanipulasi hala tuju transformasi JTK tapi saya risau terlalu panjang entry ini sampai nanti saya sendiri pening nak membaca. Tapi kalau personally tanya saya mampu ke JTK ini ditransformasikan, jawapan saya, mampu kalau kami diberi peluang sepenuhnya untuk mengekpresikan kreativiti masing-masing tanpa mendapat kekangan dari mana-mana pihak. Dan pihak yang lagi atas dari kami pon perlu terimalah perubahan yang kami bawa, jangan tolak bulat2. Sekurang-kurangnya kita buatlah eksperimen menjadi atau tidak perubahan yang cuba untuk JTK bawakan. 

Baiklah. Apa yang saya tulis di sini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Saya pasti pengalaman setiap orang berbeza jadi pendapat juga berbeza, Tapi kebebasan bersuara telah memberikan saya hak untuk mengutarakan pendapat saya yang tersendiri. Samada anda hendak bersetuju atau tidak, tanyalah otak dan hati anda :)


Sekian,

Salam sayang
Fanitsyara Kam Phon

Tengs for reading Peeps :)

COPYRIGHT@segala yang ditulis adalah hak milik Mizsaxes-diary.blogspot