How to survive in Matriculation?

Hai. Setelah sekian lama busy gilaa akhirnya dapat jugak tulis entry kali nie. Dah lama sebenarnyer berniat nak update blog, tapi hidup kat U nie mcm gila busy, kalau ada masa free pon nak rehat or tidur je. Study pon mcm eerr err hahahahhaha.

ramai adik2 junior zaman sekolah aku tanya aku pasal hala tuju lepas SPM. aku pon x boleh nak bagi cadangan yg sesuai sebab hala tuju lepas SPM bergantung kepada minat dan kemampuan masing2. Contoh nya kalau x boleh pergi bidang sains, janganlah cari pasal gali kubur sendiri amek sains kat STPM or Matriks. Rasanya sampai ke peringkat SPM adik2 patut tahu dah subjek apa yg menjadi kekuatan dan kelemahan. macam aku dulu, aku mmng alergi tahap gilaaaa punya dengan additional mathematics dgn physics. buatlah latihan banyak mana pon still lampi mcm x belajar hahhahahah. oh i feel so stupid. 

Okay back to main topic, ramai yang mcm ragu2 boleh ke kak fanit saya nak survive kat matriks? x susah ke? etc yabebabedu soalannya. jadi tergerak pulak hati aku nak kasi tips berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang matrikulasi. tapi x semestinya benda nie sesuai utk semua org, so jgn ikot sgt, kalau rasa x kena, x payah follow, follow yang baik2 je hahahahaah,

1. NIAT
kata member2 aku zaman sekolah dulu niat tu penting. waktu first time aku masuk matrik, felo aku ckp cmnie, "kalau awk niat nak belajar dan berjaya itu yg awk akan dapat, kalau awk niat nak bercinta kat sini, itulah yg awk akan dpt nanti"

percaya atau tidak, waktu ak dengar ucapan dia, serious aku bertekad dalam hati, pape pon jadi aku nak study, walaupon ak melagha jugak kadang2 berjimba jimbo, tapi study tetap no 1. kalau korang rasa time sekolah dulu korang bangang x paham apa, jangan risau, matrik nie korang ibarat start dari zero balik. so korang dikira compete dgn adil lah dgn member2 lain. yang membezakan usaha korang je. kalau usaha dapat lah, kalau amek x kisah je, jangan tnyalah kenapa pointer ko teruk nanti. 


waktu kat matrik ada member2 aku yg kapel, dan aku berani kata lah, 90% dari mereka fail and out (kena buang matrik) dan lagi 5% pointer sedang2 (sedangkan pelajar cemerlang) dan lagi 5% mampu berjaya sampai sekarang. 

terpulang pada korang nak niat apa time masuk matrik, tapi ingatlah kat matrik nie lah peluang terakhir nak baiki pencapaian diri dan berusaha ke arah course yang korang nak. kalau masih nak main2 tu, buat bazir duit mak ayah dan elaun matrik je. baik ko dok umah kawen je, senang. 

2. TIME MANAGEMENT
yang nie aku x mampu ajar lebih2 sebab aku sendiri pon tunggang langgang kadang2. tapi percayalah benda nie bergantung kepada individu. ada orang dia mampu masuk macam2 aktiviti serupa orang gila tapi pada masa yang sama result exam perform. ada juga orang yang pasif nak mampoih keluar bilik joging pon x nak tapi pointer serupa budak busy x pernah masuk kelas. 


tiada sape boleh ajar korang mcm mana nak manage masa, korang kena experience sendiri dan susun masa supaya korang ada masa utk berehat dan buat tutorials. kalau science students, cari lah masa utk buat lab report. hahahaha.

3. FOKUS
pasal fokus nie aku x layak sgt nak ckp sbb kadang2 ak sendiri ke laut time kelas. tambah2 matrik melaka tu mmng sebelah laut, pergh panas dia kemain, tidur tu rutin dalam kelas. tapi time aku segar bugar, aku akan make sure aku fokus gila dalam kelas. cara utk fokus tu tgk org, mcm ada mmber aku dia kena catat baru dikira fokus dan senang ingat. mcm aku, ak dengar je. dengar dan fahamkan. kadang2 mcm biology kan, benda2 mcm konsep2 nie korang kena faham. kalau hafal x de guna, nanti soalan pusing sikit, korang terus biol. 

kalau korang x mampu fokus kuliah, korang fokus lah time tutorial, banyakkan tanya, even soalan bodoh pon tanya je. buat je x taw malu. kadang2 yang soalan bodoh tu la keluar exam. serius x tipu. hahahaha

4. CARI PELUANG
be active. jangan pasif mcm zaman sekolah. time matrik nie even busy dengan study, bukan alasan utk korang x aktif benda2 lain. x banyak pon peluang yg ada kat matrik utk aktif, tapi korang boleh volunteer utk pegang jawatan. benda2 mcm tu bagus sbb bagi pendedahan awal pasal kepimpinan utk korang. Jangan nak riak dengan jawatan pengawas zaman sekolah, tak kemana pon jawatan tu sbb sekolah tu skop dia kecil. kat matrik nie korang akan berhadapan dengan student dari background yang berbeza. belajarlah utk berurusan dengan orang2 baru dan persekitaran baru. berdikari sikit. 

nanti akan ada soalan mcm " sape nak jadi ketua blok" korang x payah pandang kiri kanan, volunteer je jadi, jangan takot korang x mampu galas tanggungjawab tu, sbb felo akan bantu, (kalau matrik melakalah). jawatan kecik2 mcm ketua aras pon kalau ad peluang amek je. 

KAKOM lagi lah, kalau korang boleh main sukan pape lah, x kisah lah kalau korang x hebat mana pon, cuba lah sedaya upaya wakil matrik korang ke Karnival Sukan Kolej Matrikulasi (ehh nth betul ke idok) kalau korang wakil ke KAKOM nie, markah koku dah 100% (kalau matrik melakalah) hahahaha.

5. BUANG
haaa buang nie kata kunci terbaik. buanglah perangai lama yg buruk2 zaman sekolah tu. nie dah nak masuk matrik nie matured lah sikit. agk2 yg suka dok bergosip mak jemah tu boleh kurangkan. kalau suka kutuk2 orang kat belakang tu silalah kurangkan. kalau asyik malas buat homework time matrik rajin2kan lah. masuk matrik nie binalah personaliti baru yang terpuji. chewaahhh. setahun kat matrik x lama pon adik2 sekalian. pejam celik dah setahun. tapi tempoh tu cukup utk korang kumpul banyak pengalaman dan percayalah berguna bila masuk Universiti nanti. 

*********************************************************************************

Okay lah semua, sekian lah tips2 yg nth berguna ke idook utk korang. kalau ada pape soalan pasal matrik boleh tanya kat aku, kat fb ke twitter ke or kat sini ke. jangan takot sgt nak masuk matrik, konon2 dengar kata susah lah bagai. x susah mana pon kalau korang belajar. kalau belajar ada harapan dapat C, kalau rajin sikit dapatlah A. comfirm uolls. hahaha. 

Jangan rasa rendah diri jugak bila masuk matrik, ad orang kata matrik nie tempat budak2 terbuang yang mana x dpt fly x dpt pasum, masuklah matrik. eleh persetankan semua tu. lepas 3 bulan masuk matrik, segala macam kritikan ke atas matrik akan diam sendiri sebab semua org busy dengan life masing2. 

Good luck pada yang dapat matrik, usahalah yg terbaik. jangan sia-siakan tempat korang kat matrik sebab ramai lagi berebut nak masuk. jangan riak dengan result spm kalau gempak lah result korang tu, dan jangan rendah diri menyembah bumi sgt kalau result x seberapa. 

Lupa nak ckp, bak kata member aku, masuk matrik nie ibarat sebelah kaki dah masuk Universiti, cuma U apa korang tentukan sendiri pakai pointer korang. kalau pointer gempak diiringi bakat2 lain yg hebat, selamat datang lah ke Universiti Gempak yang ada kat Malaysia nie. 

Sekian, semoga berjaya uolls :)





Tengs for reading Peeps :)

1 comment:

Unknown said...

Bestla tulisan anda, saya suka membacanya.:)

COPYRIGHT@segala yang ditulis adalah hak milik Mizsaxes-diary.blogspot