Matriculation life part 4.

hi again to all my readers :)

now its time for part 4. 

kali nie kerana ada request from one of my beloved junior. 
aku akan update pasal bilik, bdn kepimpinan dan suasana belajar

okay, first pasal bilik. 
dalam satu bilik, maximum pelajar 4 orang, tapi ad certain cases yang bilik dia cuma 2 orang or 3 orang, seorang selalunyer xde. rugi je la kan kalau satu bilik besar, 4 katil tapi sorang je duduk dalam tu. lagipon seram jugak bersorangan kan? 

dalam satu bilik tu, susunan bilik itu bergantung pada kolej tu sendiri. mcm matrik melaka, susunan dia mcm nie. 


haa, kalau korang perasan, ad katil, meja, kerusi dan yang x kelihatan dlm gmbr tu almari. 
cukup paker utk belajar dalam keadaan selesa

Namun. untuk kolej-kolej lain, susunan nyer berbeza dan perabot pon berbeza. 
contoh mcm matrik kedah, time aku pergi sana sbb KAKOM. kalau x taw KAKOM apa klik sini  

kolej kedah mmng mewah la berbanding melaka, sbb kolej baru, 
almari depa mmng besarr,, besi pulak tu, melaka punya kayu je, tp x per bersyukur
meja ngn kerusi dilengkapi lampu study, siap dgn rak buku, pergh, syok gilaaa
mmng best la, so yg dpt kolej melaka, jgn sedih pulak, x payah jugak gatal2 nak tukar kolej lain sbb melaka x lawa, x kan dapat tukar punya, so terima seadanyer, alaaa, setahun je pon

aku boleh survive takkan korang x ley kot ? :O

haa, lupa pulak, roomate x boleh pilih, nasib korang lah dapat sape, sape saja yg korang dpt, jgn pulak sombong angkuh buat kepala pulak. x kisah lah roomate korng bangsa apa, mesti respek privasi dia, jga adab, jgn gadoh2, okay? budak bilik aku satu malaysia kot, ada siam, india ngn 2 orang melayu. elok je, x de masalah pon. 



lupa nak pesan, mcm yang aku ckp dlam entry sebelum ni kan, korang jgn segan2 nak amek jawatan pape, 
bila kolej life nie x payah pikir malu or kena boo ngn member. yang korang pon jgn nak membooo boo orang. itu perangai zaman budak mohon tinggal kat rumah. buat malu kat orang. 
time orientation selalunya kakak2 abang2 fasilitator akan melantik random je sape2 utk pegang jawatan mcm   ketua blok, penolong ketua blok dan lain2 lagi. so jgn malu jgn segan, kalau ad kepimpinan, mesti yakin. mcm aku, aku sukarela jadi penolong ketua blok, jgn risau penerimaan orang, kalau korang buat keje, orang x kan ckp, lagipon orang pon bosan nak kutuk lama2 kan?

Badan kepimpinan yang ada aku rasa maximun pon 4 kot yang utama. kalau kt matrik melaka lah kan, nie badan2 kepimpinan yang ada, 

Nadi tarbiyah pelajar (mcm nie kot ejaan dia)
-nie ala2 badan dakwah la, menjaga kebajikan pelajar islam di samping menganjurkan aktiviti2 berbentuk islamik kat surau dan kolej. 
-kalau kat matrik melaka, selection utk ahli dia buat time orientasi dan ahlinya dipilih oleh ex students kot, kalau rasa anda berbakat dan berminat, join lah okay? :)

Pembimbing rakan dinamik
-ala2 pembimbing rakan sebaya, 
-tugas dia, err aku pon x sure nak ckp sbb aku kurang nak amek tawu, tapi kalau berminat boleh lah join, tunggu je pengumuman, cpt2 pergi serahkan borang ahli, jgn malu jgn segan

Suruhanjaya pilihan raya.
-jgn main2, ingt PRU je ke ada SPR? kolej pon ada taw :D
-yg nie akan ada pengumuman, then korang gi je la cuba nsib kot2 dapat kan
-keje x bnyk pon, time seminggu nak ke pilihanraya JPP tu je busy sikit, lepas tu, korang pon x engt yang korang pernah jadi SPR. hahahahaha

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
-haaa, nie mcm wakil rakyat gitu. tapi bezanyer, mereka bersuara bagi pihak pelajar 
-kalau nak join, korang kena kempen utk diri korang sendiri, ada manifesto sendiri, 
-yang penting mesti ada keyakinan taw ;)
-sape yg dpt pegang jawatan nie mmng akan dikenali ramai la kt kolej. hahahahaha

next, pasal suasana belajar,
first of all yang korang kena tawu, korang akan ada praktikum, praktikum nie mcm kelas lah,
ahli2 kelas nie tetap and korang akan sentiasa bergerak dalam kumpulak kecil nie. 
xramai pon satu praktikum, selalunya xkan mencecah 30 orang pon. kalau akaun, lagi kecil bilangan pelajar, sbb total students akaun kat kolej pon mmng x bnyk





first day nanti, korang mmng segan2 nak ckp ngn classmates korang, tapi bila hari last, mulalah berdrama swasta menangis2 bagai :P

hahahah, hargailah classmates korang nie ea, diaorg lah yg akan study sama2 and survive sama2 ngn korang nanti.

pasal kelas suda, pasal timetable pulak. 
mcm aku pernah ckp dlm entry sebelum2 nie. (sila rujuk entry sebelum ini kalau nak tawu)
ada lab, kuliah ngn tutorial utk budak sains.
lab tu mmng experiment je la, kena buat lab report, mula2 tu mmng rajin gila buat sendiri, siap rujuk internet lagi. namun semakin hari semakin malas, dan akhirnya aku tiru orang punya je senang. hahahahah
jgn malas mcm aku okay ? :P

kuliah pulak, sume subjek ada kuliah. kuliah nie tmpt utk lecturer habiskan silibus. 
kat sinilah korang belajar, so mesti fokus time nie supaya x ketinggalan. jgn jadi cm aku, aku malas. hahahaha. nasib baik lah result x teruk sgt. satu kuliah tu bergantung pada kolej tu sendiri. mcm kuliah aku, kuliah S11. kulian terbesar kat matrik melaka. students ada 200++. mmng ramai. nie contoh dewan kuliah kt matrik melaka. x clear sgt sbb tgh bergmbr kan. mestilah fokus kt muka, x fokus x dewan kulah sgt. :P









fokus okay time kuliah? jgn main2 .:P

tutorial pulak. 
tutorial tu kelas yang korang akan buat latihan pengukuhan utk paham betul2 apa yang dipelajari time kuliah. 
time kelas nie korang akan duduk ikot praktikum. (kalau x paham sory la ea, nanti rasailah sendiri)
nanti akan ada buku tutorial yg korang kena buat and ikot lecturer jgak, ada yg suka bagi latihan sendiri
(maaf. tiada gmbr tutorial. hahahaha)

tapi ada gmbr time kelas koku

eyh. aku lupa nak ckp. ada kelas ENGLISH. wajib amek. siap ada exam lagi. markah x diambil kira. tapi tetap penting. xkan nak cacatkan result dgn ada C kan? tapi jujurlah. aku pernah dpt C tp aku x kisah sgt, sbb fokus utama pada muet. and syukurlah, aku dapat band 4. :)
rasa mcm dah pnjang sgt entry nie, so kita stop kat sini dulu

ADIOS. :)





Tengs for reading Peeps :)

Matriculation life part 3

hohohohohhoo. hai suma.

setelah 2 part sebelum nie, semangat utk mengupdate part 3 semakin membara.

mcm dijanjikan dalam entry sebelum nie, aku kata nak cite pasal KAKOM kan?

KAKOM ialah karnival sukan kolej matrikulasi

ada banyak sukan yang dipertandingkan macam rugby, bola sepak, bola keranjang, bola jaring, badminton, bola tampar, olahraga, sepak takraw dan bnyk lagi.

mcm mane pemilihan atlet utk ke KAKOM?

itu bergantung pada kolej tu sendiri. mcm kolej melaka.
akan ada mini KAKOM. mini KAKOM nie mcm pertndingn peringkat kolej je lah.
bertanding sesama blok, lepas tu sapa yg ada potensi cikgu akan pilih dari situ and diserapkan ke team kolej.
paham x? mcm gmbr kat bawah nie, nie gmbr basketball team blok aku dgn blok member aku time mini KAKOM.



bila time KAKOM pulak ,nie lah team aku 


team nie skali ngn team laki, kami sehati sejiwa, chewaahh
make sure kan, kalau korang ada bakat masuk lah KAKOM sebab markah koku dia 100%.
sumpah x tipu. tapi mmng kena korbankan masa dan tenaga lah nak training bagai. tapi mmng syok woo
bnyk kenangan dan yang paling penting, team tu mcm family korang. mmng rasa dihargai lah. :D
dari KAKOM jugak korang boleh rapat dgn bangsa2 lain, contoh mcm team aku, 
ada melayu, cina , siam. haaa. kan berbilang kaum. 

nanti time KAKOM pasukan penyorak kolej masing2 adalah atlet kolej tu sendiri, bila korang xde game, pergi lah suport member lain, tgk mcm aku nie, semangat siot. padahal demam panas time tu. hahahhaa



haaa. nampak x aku pegang bendera tu. lupa nak bgtw, aku kapten basketball perempuan. 
korang cubalah dapat jawatan yg tinggi2, baik utk koku korang. dpt jugak bnyk sijil :)
berguna utk masuk U.

and, time KAKOM nie, korang akan lawan dgn team dari negeri lain, jgn jadi rival. rival time game je. 
kenal2 lah diaorg, and jadilah kawan. 

me and labuan's basketball captain. :)

okay, so tis is all about KAKOM. aku cerita sikit2 je la, nanti korang rasai lah sendri bila terpilih masuk KAKOM ea ;)

nie sebahagian gmbr time KAKOM and friendly match before KAKOM. 











nak tahu lagi pasal matrik life? 
then. 

STAY TUNE. LOL. hahahaahha :DD

Tengs for reading Peeps :)

matriculation life part 2.



hi hi. akhirnya diriku kembali utk cerita part 2. wahahahahaa.
sebenarnyer mcm malas. tapi bila pkir balik, nak jugak share2 cerita pasal matrik nie, and help juniors secara x langsung utk phm matrik life nie. sbb dulu2 aku pon cmtu, bila dpt je tawaran masuk matrik, melopong bengap sendirian sbb x tawu life kt matrik cmne, blaja ap, mkn ap, mmng musykil abes, smpai aku msj sume senior2 aku yg dok matrik, tp harem x berbalas sbb sume pon busy final exam. nasib baik lah time tu ad sorang senior aku update pasal blog pasal matrik life.

so time tu. aku mmng dah niat nak update blog nie, walaupon x bnyak membantu, tapi boleh mmberi gambaran life matrik nie pada certain org yg x tawu pape langsung.

okayy, adik2 sekalian. pastikan waktu first day korang dtg nanti, bawak barang2 asas secukupnya okay?
barang2 merepek2 tu len kali boleh amek.

make sure

1. dokumen2 rasmi.
2. gambar
3. baju 2 secukupnyer
4. baldi dan barang2 toilet
5. selipar, sandal kasut bla3
6. buku2 rujukan f5 kalau masih ada

err. itu je yg mampu engt buat masa nie
tapi kalau budak asrama, maybe korang dah biasa, selalunye x kan tertinggal barang2 keperluan asas nie.

WALAUBAGAIMANAPUN.
utk pelajar perempuan yg akan masuk matrik melaka.
ini saranan aku,

bawak baju kurung yang original punya baju kurung. jgn baju kurung moden. x dibenarkan.
kalau matrik benarkan pon , percayalah, lepas 3 bulan, diaorg akan kuat kuasa x bg pemakaian baju kurung moden. sebab nya, budak2 pompuan suka bergaya sakan, baju, kemain ketat lagi. =='


yang baju kat atas nie , baju kurung moden and ikot cutting body shape. 
mmng x boleh.
harap maklum. 
jgn terhegeh2 nak bawak pulak nanti .


tgk macam baju aku nie. xbergaya pon. simple mimple. 
okay, mari kita beralih ke topik lain.

pasal timetable kelas pulak.
utk matrik melaka, dan semenanjung. rasanye sama,, utk sabah sarawak,, x sure pulak.

start kelas dari pukul 8 sampai 1 tghari then pukul 2 sambung sampai 4 atau 5 ptg.
tapi itu bergantung pada modul apa anda amek. 
kalau akaun, sumpah bnyk waktu free. kadang2, mcm roomate aku, kelas start kol 8 sampai 1 then abes dah xde kelas. perghh. heaven gila.
tapi kalau modul sains especially modul 1, mmng harapan lah kalau nak waktu free.
mmng penuh. kalau ada pon, free sejam je kot.
mmng pack sgt. 
kenapa modul sains especially modul 1 pack sgt timetable dia??
sebab. 
utk subjek sains, kita ada amali, 
amali tu kena masuk lab, pakai lab coat, buat experiment. kalau korang amek modul 1, means korang ada 3 subjek sains. 6 jam utk lab shaja. belum kira kuliah dgn tutorial.
budak akaun mmng selamat sbb xde lab, ada kuliah and tutorial saja. nampak x perbezaan 6 jam di situ?
haaaa. tapi kita ada jugak kelas extra mcm dinamika, koku dan agama islam @moral.
koku tu bergantung pada cikgu korang, time aku, kelas kitaorg dpt ping pong. ade jugak kelas lain yg dpt kelab persatuan. so terima seadanya. 

selain tu, ada kelas dinamika. kelas nie akan mengajar kita adab2 and etika yang wujud dalam dunia nie
mcm adab makan, adab bercakap, cara berpakaian.. paham2 je la ea.

kelas agama islam @moral, mmng x perlu terangkan. 
aku boleh terang moral saja, sbb aku mmng x amek kelas agama islam. 
kelas moral kena buat pembentangan bla2, agk bosan, just bear with it. okay?
kena buat lawatan jugak utk kolej melaka. kolej lain x tawu. kelas kitaorg melawat melaka je. 
mcm gmbr kat bawah nie. kenangan lawatan. 





next entry, aku akan merepek pasal KAKOM pulak. dan lain2, 

SO.
stay tune :)


Tengs for reading Peeps :)

Matriculation life Part 1.



HI peeps. Akhirnya setelah berbulan2 tercapai jugak hasrat nak update blog nie. Sebelum nie bukan x nak update tapi busy sgt, lagipon wifi kolej mmng harapanlah kalau nak update blog. asyik terputus2 je =.='

okayy, seperti yang dijanjikan to certain of my juniors, semua orang eager nak tawu pasal matrik life nie,.
nak menjawab soalan setiap orang mmng lah memeningkan, asyik nak kena terang benda yg sama, so i decided to update je dlm blog so that x payah lenguh2 tgn nak membalas soalan sume org. ;)

macam mana nak mula ea? panjang berjela2 kalau nak cerita satu2, so dah bahagi siap2 entry nie, siap buat part by part lagi. muahahahahha! :DD

first of all, nak bahasakan diri apa ea? err, aku boleh? aku je la. hahahaha lagipon its my diary. :P

selepas spm 2011, berbekalkan keputusan spm yg x seberapa sgt, cuma 8A je mampu, Kolej Matrikulasi Melaka telah menawarkan tempat dalam kolej mereka utk aku. cheewwaahh ayat.

28 Mei 2012, aku pon gerak lah ke melaka bandr bersejarah, my family bertolak awal sehari sbb takut kelam kabut hari sebenar nanti, so bila sampai awal tu, mmng berjalan2 dulu lah kt area melaka,

TAPI. Matrik melaka bukan dkat bandar melaka yaa adik2 especially yg dpt matrik melaka tu, matrik melaka dkat Londang, Masjid Tanah. agak lah hulu sikit, dkat sgt dengan laut, lebih kurang 5 km je kot, or x sampai 5 km pon, errr, asrama lelaki agak dekat dgn kilang proses ayam. hahahahaha

sorry la dkat adik2 yg dpt matrik lain selain melaka, sbb aku dari matrik melaka, x sure pulak matrik lain tapi matrik penang tgh2 bandang sawah tu haaa matrik kedah dkat sintok, matrik gopeng betul2 sebelah sbpi gopeng  and matrik n.sembilan boleh dikatakan hulu la jugak. agk setanding dgn melaka.

Dari segi bangunan, matrik melaka dgn matrik n.sembilan mmng sama, sebijik terutamanyer, bangunan asrama, buat junior2 yg nak masuk matrik melaka ngn n.s nie, mohon jgn melopong pulak tgk kolej kediaman, mmng kurang nak lawa sikit, tapi mampu survive la. hahahaha


haaa. itulah kat belakang tu kolej kediaman, kalau korang perasan lah. xde gmbr full la pulak, xterpikir pon nak amek. hahahah

matrik kedah , gopeng dan penang, dikira kolej baru jugak lah . time kakom (akn diceritakn dlam part lain) matrik kedah tuan rumah, kolej kediaman dia perghhh besar dan mmng syok abes. hahahaha

mari kita bercerita pasal minggu pengurusan pelajar baru pulak.

minggu nie mcm minggu orientasi la jugak sebenarnya. korang batch 13/14 nie daftar 27 Mei kan? kan?
ikotlah arahan dalam surat tu daftar bila. mcm matrik melaka, selalunya mereka akan include korang akan daftar fasa 1 ke 2 ke 3 ke, sbb nak elakkan kesesakan. kalau ada yg x ikot tu la yg sesak gila nak mampus mcm time batch kitaorg.

time mendaftar nanti, make sure dokumen2 yg diperlukan tu bawak, dan LENGKAP. jgn lopong sana sini nanti bila delay pendaftaran sbb bnda2 cmtu, barulah korang merana baru nak ingt kt pesanan aku nie.
kalau boleh time daftar tu, especially bakal budak melaka, dtg satu kereta ckup lah, xperlu kot nak bawak sekampung nak menghantar korang. jangan musykil jangan gelak, sbb bnda nie mmng terjadi, smpai kesian aku tgk atuk nenek diaorang duduk bawah pokok kepenatan dan kepanasan. lagipon lecturer aku pon suruh pesankan benda nie jugak.

bila mendaftar nanti, x dinafikan mmng sesak. bayangkanlah 2000++ students nak mendaftar, so jgn pulak korang pergi mengamuk x tentu hala. sume orang pon penat. so consider org lain jugak okay? and also, jgn nak kerek2 ngn sukarelawan kt situ. sukarelawan yg tolong korng tu ex-KMM taw. senior korang okay, so respect sikit, lagipon sukarelawan bukan calang2 orang, selalunya mesti budak pandai and akfit koku. jgn nak marah2 sukarelawan pulak.

next, pasal cuaca, matrik melaka mmng panas. and panas dia, pergghhh mengancam. panas membakar, bukan panas biasa. dalam seminggu minggu orientasi tu, korang akan amek masa nak sesuaikan diri dgn cuaca dia, yg bukan orang melaka mcm aku nie, mmg ada yg akan demam truk, mcm aku dulu. hahahah
tapi kalau time cuaca sejuk, pergghh, mcm london beb, dah bukan londang dah. hahahaha

minggu orientasi tu akan mendedahkan korang pada bnyk perkara, so jgn nak escape2, =='

mari kita bercakap pasal subjek pulak,
mungkin time korang terima surat tawaran matrikulasi, dia akan mention korang aliran sains, akaun atau teknikal je kot (klau x silap la)

tapi bila korang smpai matrik, pihak kolej akan decidekan utk korang , modul apa yg korang akan dpt,
utk akaun xde masalah, mmg x de modul pon, tapi utk aliran sains dan teknikal mmng ada modul. pasal teknikal punya modul mmng aku x sure, tapi sains punya modul adalah seperti berikut. :

modul 1 : biology, physics, chemistry, mathematics
modul 2 : physics, chemistry, mathematics, science computer
modul 3 : biology, chemistry, mathematics, science computer.

utk akaun : akaun, business, ekonomi, mathematics.

selain subjek di atas, ada jugak subjek extra yg wajib amek, mcm koku(mcm PJ) , kemahiran dinamika, moral/agama islam.

bila korang dpt modul nie, mungkin ada sesetengah dari korang yg x berminat. mcm x minat physics or biologi, so korang boleh tukar modul . jgn risau. tapi make sure korang betul2 confident dgn keputusan tukar modul tu . modul nie ditentukan oleh pihak kolej mengikut result spm rasanyer lah. tapi mcm aku ckp tadi. mmng boleh tukar, tnggu je makluman kolej nanti.

okay, cukup dulu kot entry part 1, nanti part 2 akan menyusul :)
kalau nak tnya pape, just komen, nanti akan dibalas. ;D


Tengs for reading Peeps :)

COPYRIGHT@segala yang ditulis adalah hak milik Mizsaxes-diary.blogspot