Pemudahcara Mahasiswa. Apa tu?!

Pemudahcara Mahasiswa. Kalau dengar apakah perkara pertama yang tercetus di minda anda? Kalau saya, bunyi macam fasilitator tapi ye ke?

YUP. Kalau apa yang anda fikir sama macam saya, then betul lah tu. Pemudahcara Mahasiswa sama seperti fasilitator. Kami memudahkan urusan serta membantu pihak pengurusan universiti menjaga kebajikan semua pelajar tahun pertama yang baru masuk sepanjang Minggu Haluansiswa.



Ramai yang tanya,

"Berbaloi ke jadi PM nie?"

Jawapan dia BERBALOI. cubalah korang tanya mana2 PM yang korang kenal. seronok ke tak diaorg jadi PM? susah sgt nk dengar diaorg ckp x seronok. 

Kenapa berbaloi dan seronok?

Sebab dia banyak. Meh saya rungkaikan satu persatu. 

1. Family


Kita dah ada family original kat rumah. Tapi, family PM nie ibarat family baru utk korang nanti. Walaupon bercampur bangsa dan agama and even warna kulit, but who cares anyway? Disebabkan training yang mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan dan PM ni training bersama sepanjang masa, bonding tu akan jadi padu. Dan percayalah bonding nie akan berkekalan. Kadang2 family PM inilah yang akan supporters korang, tempat korang luahkan masalah, makan sama2 even selepas habis MHS. Kalau family kita akan sentiasa tolong kita waktu kita ada masalah, sama la macam family PM. Korang akan menjadi satu family yang mempunyai minat, impian, dan tanggungjawab yang sama. Maybe korang x rasa lagi buat masa nie, or maybe ad yang baca skarang dalam hatinya terdetik "amendee laa fanit merapu nie" but percayalah, benda nie hanya geng PM je yg paham. Nak paham perasaan family baru nie, jadilah PM. berani tak?

2. Pengalaman

Orang cakap kematangan diukur melalui pengalaman, bukan melalui umur, Jadi melalui training PM nie, percayalah pengalaman yg korang dapat x sama mcm tempat lain. Bangun awal contohnya, macamlah kalau kelas korang start pkul 10 korang nak bangun pukul 5? Jadi melaui training PM nie, mana yang liat nak bangun tu, korang akan start ubah diri sikit demi sedikit sampai dah terbiasa. Dan bila buka semester baru, takdelah terlewat ke kelas lagi. Contoh lain, pengalaman mengawal emosi. Jadi PM nie tipulah kalau x penat. Gilalah kalau x penat, kena melayan karenah freshies yg berbagai, kerja lagi, terkejar2 masa lagi, tapi semua tu mengajar korang untuk jadi rasional. Apa yang sy sendiri rasa lepas jadi PM nie kan, "ak dah melalui training yg tough kat UM nie dengan banyak kursus berperingkat yg ak kena pergi, lepas nie tak da apa dah yang boleh buat ak lemah, because i've gone through a lot". Itulah apa yang saya rasa. Sounds scary, but it makes you stronger. 

3. Pengetahuan

Pengetahuan tidak hanya tersekat dengan kuliah dan tutorial kita yang berjela2 tu. Tanya diri korang, taw tak letterhead tu apa? Minit mesyuarat tu apa? Macammana nak tulis surat dengan format yang betul? Prosedur yang betul camna eh? Macam2lah yang korang boleh tanya dan semua tu boleh terjawab sewaktu training PM. Kita akan diajar macam2. Daripada filing sampailah ke prosedur yang kena mengadap orang luar, semuanya diajar. Sebab tula kenapa kami digelar Pemudahcara Mahasiswa, since kami tahu banyak benda, kami mampu memudahkan urusan anda. Itulah sebenarnya yang membezakan PM dan rakan2 yang bukan PM. 

4. Networking

Ramai yang tahu pasal kepentingan networking. Dah tahu kenapa masih di takuk lama? Joinlah banyak projek kolej. Tapi yang paling padu, masuk PM lah. Kita akan kenal pengurusan HEPA, pengurusan kolej, kawan2 PM kolej lain dan ramai lagi. Penting ke idok networking nie? Tipulah kalau tak penting. Seize the opportunity la bro. Dah ada pelung nak rapat dengan felo kolej, gunakanlah. Sangat membantu bila korang nak buat projek and korang perlukan pertolongan. Bukanlah ni platform utk korang membodek or whatsoever, ramai je orang kata PM ni amek kesempatan sebab dah ada networking, but orang tak fikir, how do we get the networking? Time orang yang sibuk mengata tu tgh rest and relaks kat rumah, PM kat kolej, prepare sehabis baik utk sambut freshies. 

5. Kenal freshies

Okay perkara nie bagi sesetengah pihak mungkin mcm x penting, but utk siapa yang motivated daripada dia first year lagi, selalunya menjadi impian utk PM menjadi org pertama yang sambut adik2 tahun pertama masuk ke UM. Kami nak mereka dijaga sebaik mungkin, ada orang yg diaorg boleh harapkan bila ada masalah, menjadi tempat rujukan mereka, nak mereka rasa proud sebab dapat masuk UM, kami nak kenal potensi dan serlahkan bakat yang ada pada diri mereka. Orang lain maybe x faham apa kami rasa, but utk siapa yang jadi PM, maybe korang faham apa yang sy cuba nak sampaikan. 

Haaa itu baru sikit kenapa berbaloi menjadi PM nie. Kalau nak tahu lebih lanjut sembang lah ngn PM korang, diaorg mesti ada persepsi sendiri dan pandangan masing2. 


Next, ramai yang tanya saya 

"Tak sayang cuti ke?"

Jawapan saya, TAK. hahaha memang tak sayang. hahaha sebenarnya PM nie balik je rumah. Cuma cuti kita kurang la berbanding orang lain. But then so what? Itulah yang membezakan diri saya sebagai PM dengan orang lain. Kenapa? Sebab saya sanggup BERKORBAN. Something yang x semua orang boleh buat. Saya x balik, saya sampai sakit berminggu-minggu semata-mata nak jadi PM dan sampai sekarang saya x menyesal langsung dengan semua tu. Saya lagi bermotivasi utk jadi contoh yang baik pada freshies, dan saya nak jadi PM untuk kali kedua. hohohoho

Soalan lain yang orang selalu tanya,

"Kenapa nak jadi PM"



Jawapan yang setiap PM bagi mungkin tak sama. But saya akan bagi jawapan saya.



Waktu sy first year, sy paling benci MHS. Sy x sanggup pon masuk balik ke MHS tu. Why? Bnyak faktor, sebab yang pertama, sy kena maki dgn PM sy waktu first day sy masuk UM atas kesalahan yg sy x buat pon. Yg kedua, sbb sy personally rasa yg bnyk lopong sana2 sini waktu MHS. Design tshirt x lawa, makanan pon xsedap, nak main hp pon x boleh. lari ke DTC dengan payung panjang tu,, perghhh i just hate MHS. Tapi lepas MHS, saya rapat dgn PM kolej melalui projek2 yang sy join. So time tu sy mcm jealous tgk PM selalu duduk bersama malam2 lepak2. Bonding kemain padu, ada masalah pape, roger je sesama diaorg. Makin lama sy duduk dgn PM, mereka cerita yg personaliti diaorg waktu first year x sama dgn second year. Ad yg first year kemain nakal, tapi bila jadi PM berubah 180 darjah, jadi seseorang yang mampu memimpin. And saya terpengaruh dgn cerita2 dan kesusahan yang mereka lalui utk jadi PM. 

Salah seorang dari PM kolej sy pernah beritahu sy 
"Orang x pernah tahu yang PM lalui. Ramai yang mengkritik, tidak kurang ramai yang memerli kononnya PM nie macai la bla3, ramai yang mengadu, tapi pernah tak mereka tanya PM pernah mengadu sakit depan diaorg tak waktu MHS? Pernah tanya diri sendiri tak kenapa mereka jadi PM? Pernah tak mereka untuk seketika fikir apa yang PM lalui demi kebaikan dan kesenangan yg mereka lalui sekarang?"


 WOW. 


waktu senior PM sy ckp macam tu, hati saya terus tersentap. Sy x pernah terfikir semua tu, apa yang sy fikir waktu first year, sy benci PM yg setiap hari garang kerja nak maki orang je. Tapi sy terlupa, PM pon manusia, ada hati punya perasaan. Jadi saya jadi PM. Saya sahut cabaran senior PM saya. Sy nak ubah MHS ke arah yg lebih baik. Nak baiki apa yg kurang berbanding tahun sebelumnya. Sy x nak freshies rasa apa yang sy rasa. Sy nak mereka rasa seronok sepanjang MHS tapi of coz, mana boleh seronok sgt. MHS tu tujuan dia untuk traing freshies dgn suasana baru di kampus. Waktu sy jadi PM, ada masanya sy hampir mengalah, tapi sy sentiasa simpan dalam otak, "remember why you start." 

Apa effect lepas jadi PM?

Perghh soalan mcm testimonial pulak. hahahaha 

Sy rasa sy semakin kuat. first year dulu sy kuat nangis. tapi bila sy naik second year, sy makin kuat menahan stress. sy makin organise. sy kenal ramai org. dan mungkin ramai yang tak tahu, jadi PM nie merit dia berbaloi. hahaha 



Jadi PM juga tiket utk anda menjadi JTK kolej. Last year, sy sendiri lihat betapa ramainya orang berbisik2 di belakang mengutuk pentadbiran kolej, jtk dan macam2lah berkaitan pengurusan kolej. tapi yang sibuk berbisik tu berani ke depan tak bila felo tanya siapa nak jadi PM? tak pon. sedangkan semua org pon tahu yang jadi PM nie selalunya berpotensi menjadi JTK. Inilah masa dia utk anda ubah apa yang anda rasa kurang pada kolej. Dan rasakan sendiri kenapa sesetengah perkara tak boleh disettlekan cenggitu je. Yang sibuk mengata tapi tak sahut cabaran nie, maaflah. bagi saya mereka nie tak ubah seperti PENGECUT. Lempar batu sembunyi tangan. Cari masalah yang wujud dan utarakan, tapi x mampu keluar dgn penyelesaian. 

Sama juga lah seperti sesetengah orang sebelum MHS bermula, ada yang cuba meracuni fikiran freshies yang masih belum jejakkan kaki ke UM dgn mengatakan PM ini syok sndiri. Jangan nak follow sgt. Kalau PM buli, telefon lah kami bla3. (sy tidak attack mana2 pihak, kalau terasa maafkan sy). Tidak kurang juga disaat PM berusaha sedaya upaya menyemai sikap syg kolej dan syg universiti sewaktu MHS, ada usaha pihak tertentu yg memburukkan UM dgn mengatakan yuran mahal lah sebagainya, hahahaha, kenapa yg sibuk meracuni itu tidak kedepan menjadi PM dan ketahui sendiri jawapan di sebalik persoalan yang bermain di fikiran anda? 



Sy sebagai PM tidak pernah mengharapkan mana2 freshies utk menjadi geng kami or member kami selepas MHS. Kalau mereka nak rapat dgn kami, kami sgt alu-alukan. Kalau nak kutuk or maki kami, terpulanglah. Kami takde hak nak marah. Dan kami tak pernah mengharapkan balasan atau pujian dari mana2 pihak. Ramai yang lupa, waktu kita blur2 time MHS, siapa yang tolong kita. Bukanlah niat sy melalui penulisan ini ingin mengangkat martabat PM. Oh tidak. Tetapi sekurang-kurangnya biarlah melalui penulisan ini ada orang yg dapat memahami walau sedikit apa yang kami rasakan sewaktu menjadi PM.

Terpulanglah kepada anda sekiranya lepas anda membaca penulisan ini anda rasa lagi nak kutuk PM or rasa mcm tergerak hati untuk jadi PM lepas nie. Niat sy sekadar mengutarakan apa yang sy rasa dan sy harap utk sesi akan dtg ramailah yg volunteer jadi PM. Sama-samalah kita ubah apa yang tak kena melalui cara yang terbaik. Dari menyalak tak tentu hala di fb merata. Baik kita ke depan bersama2 pentadbiran, kita sambut freshies akan datang dan kita pastikan MHS bagi mereka adalah kenangan terindah sampai bila-bila  :)



Salam sayang.

Fanitsyara
Setiausaha
Organisasi Pemudahcara Mahasiswa
Kolej Kediaman Ketujuh 
Sesi 2014/2015

Tengs for reading Peeps :)

COPYRIGHT@segala yang ditulis adalah hak milik Mizsaxes-diary.blogspot