Transformasi JTK - Sudahkah kita bersedia?


TRANSFORMASI

Atau dalam kata yang lebih mudah dan kurang bombastik, perubahan. Saya kira kat mana2 pon kita sering cakap pasal perubahan. Malaysia pon ada pelan transformasi, malah Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) di Universiti Malaya pon siap buat seminar transformasi JTK.

Tapi ini soalan saya. 

Bersediakah kita menghadapi perubahan ini?

Bercakap mengenai perubahan, banyak perspektif yang saya ingin utarakan dengan pelbagai contoh daripada kebanyakan aktiviti yang saya sertai. Tapi untuk entry kali ini saya kira lebih baik kalau saya fokuskan kepada transformasi di peringkat JTK. 

Buat mereka yang membaca entry saya ini dan tak boleh nak brain apa tu JTK., JTK merupakan satu badan pelajar yang tertinggi di peringkat kolej. Barisan kepimpinan JTK ini saya percaya ada di hampir semua IPTA cuma brandingnya mungkin tidak sama. JTK di UM merupakan jambatan penghubung di antara pentadbiran dan pelajar selain membantu pentadbiran menjaga kebajikan pelajar. JTK jugalah yang bekerja di sebalik tabir untuk projek2 kolej kediaman yang mana kita boleh tengok masuk dalam ruangan surat khabar bahagian aktiviti mahasiswa. 

JTK KK7
Tapi, anda kena tahu juga, JTK tidak berbayar, tiada elaun tiada kelebihan (bergantung kepada kolej masing2, in this case, kolej saya mcm tak ada). Apa yang JTK ada adalah suara. Suara JTK lebih didengari oleh pentadbiran dan mereka memiliki kuasa yg tidaklah banyak kebaboom tapi cukuplah untuk menyuarakan suara2 student marhaen di kolej. Saya merupakan salah seorang dalam kepimpinan tertinggi JTK kolej saya. Dan apa yang saya nak ceritakan di sini dalah pandangan peribadi saya mengenai transformasi JTK.

Bukan tujuan saya menulis entry ini untuk bash mana2 pihak, menyelar mungkin sedikit (kalau ada yang terasa mohon ampun awal2) ataupun mencari musuh (parents saya ckp jgn cari musuh). Tapi saya tulis ini untuk menjawab persoalan di minda beberapa golongan pelajar yang muncul menpertikaikan usaha untuk mengtransformasikan JTK di kolej kediaman dan untuk memberi pendapat secara personal sejauh mana keberkesanan transformasi JTK.

Kali pertama saya mendengar mengenai transformasi ini saya pon tak ingat bila tapi saya mengambil kira perkataan ini secara serius sewaktu seminar JTK yang diadakan awal semester sesi ini. Banyak slot yang membincangkan isu-isu berkaitan mengenai transformasi ini. Antaranya (saya tak ingat nam slot tapi saya ingat isi penting) isu pengantarabangsaan projek kolej, keberkesanan projek kolej, ciri-ciri leader dan banyak lagi. Dan sejujurnya pada hari pertama seminar, saya bersemangat waja mcm besi untuk jalankan transformasi ini ke atas team saya. Saya rasa pada ketika itu wahh mampu nak buat transformasi, senang ni sebab team pemudahcara mahasiswa saya pada sesi ini telah berjaya membuat beberapa perubahan yang bagi saya berkesan dan membanggakan. Tapi, pada hari kedua transformasi ni, saya ke tandas untuk membuang hajat dan pada ketika itu, terdetik di fikiran saya akan kekangan yang mungkin akan dihadapi apabila sesebuah organisasi ditransformasikan. 

Slot Forum Transformasi JTK menjadi platform untuk saya utarakan persoalan ini kepada panel yang mana salah seorang daripada mereka merupakan pengetua kolej saya. Soalan dan pendapat berbunyi sebegini,

"...Transfomasi sememangnya perkara baru dan bagus, tetapi saya ingin utarakan persoalan di minda saya kepada pihak panel. Adakah kita bersedia untuk ditransformasikan? Maksud saya sejauh mana kita ingin menerima perubahan? Banyak kekangan yang kami akan terima apabila melalui proses transformasi ini seperti pembahagian bajet, AJK, siapa felo in charge dan banyak lagi. Dan saya kira masalah-masalah sebegini bukan lahir daripada ketidaksediaan JTK semata-mata tetapi pihak pengurusan juga memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan transformasi ini.."

Jadi itu merupakan soalan saya dan saya ubah sedikit ayatnya kerana itu sahaja cebisan memori yang melekat dalam otak saya mengenai hari itu. Dan jawapan daripada salah seorang panel (tidak saya dedahkan siapa walaupun saya kenal) adalah

"Sebelum awak tanya kami (pihak pengurusan) bersedia atau tidak, saya nak tanya awak dulu, adakah awak bersedia?" _ ini bukanlah complete set jawapan beliau, tapi inilah yang paling saya ingat sampai sekarang sampai terngiang-ngiang di telinga. 

Begitulah jawapan beliau yang menyebabkan saya agak sedikit kecewa kerana saya utarakan persoalan itu kerana saya sememangnya bersedia. Malah sewaktu saya menerima jawatan ini, saya mempunyai hasrat untuk mengubah pasukan saya ke arah yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. 

Jadi itulah mukadimah saya mengapa saya menulis entry ini kerana saya ingin menjawab soalan beliau dan soalan saya sendiri. Setelah satu semester memegang jawatan ini, ingin saya abadikan pendapat saya yang tak seberapa ini di blog saya untuk rujukan masa hadapan. 

Pengalaman saya di kolej sepanjang satu semester ini membuka mata saya antara sebab mengapa kita sebenarnya acah-acah bersedia tapi hakikatnya kita masih belum sampai tahap itu. 



1. Masa
Masa sangat penting. Yang nie tak perlu kupas lebih lanjut kot. Masa kita belajar satu semester hanyalah lebih kurang 4-5 bulan. Dan bagi projek-projek kolej, pengarah akan berebut tarikh2 hot untuk dijadikan tarikh projek mereka. Ada yang sebab takde tarikh, kena buat awal sikit. Bila buat awal sikit, masa tak cukup, lepas tu terus cancel. Sebagai pelajar, saya pasti masa untuk kita fkir pasal JTK ini kebanyakannya pada waktu malam bila kelas dah tamat. Waktu itulah otak kita pening masuk meeting, duduk perah otak dengan anak buah mcm mana nak cari tajaan untuk projek bla3. Jadi untuk melaksanakan sesuatu yang besar seperti projek-projek bersifat national dan international agak sukar dengan masa yang terhad. Dan seperti mak ayah saya selalu pesan, belajar itu keutamaan, jawatan no 2. Walaupon kadang2 saya rasa saya agak lari daripada pesanan parents saya, tapi itulah, sekiranya kita betul2 nak fokus pada sesuatu projek, kita kena free mcm time cuti semester ini, haaa buatlah semua gerak kerja macam apa yang JTK buat untuk KAKUM. 



2. Wang
Kadang-kadang projek berstatus antarabangsa tapi bajet alahai sedihnya. Pembahagian bajet juga tidak kena, projek yang tak memberi impak dapat duit banyak, yang baru pertama kali nak buat tapi status lebih tinggi dapat duit terhad. Alasan bermacam2 diberikan (saya terima jugaklah kadang2). Carilah sponsorship! katanya lah. Tapi untuk dapat kelulusan cari sponsor pon dah amek masa nak dekat 2 minggu, ada jugak yang hampir sebulan. Sponsorship pon bukan senang nak dapat. 


3. Ahli jawatankuasa
Haaa ini adalah kes anak buah yang tak bersedia. Ketua bersedia bagai nak rak, anak buah tak bersemangat takde gunanya. Benda ini terjadi pada projek kolej saya sendiri. Ketua sub kerja kat anak buah, anak buah cakap kencang kerja x jalan, anak buah lari, projek terus tak jadi. (tak perlu dimention projek apa) Tapi ini realiti. 


4. Minda
Bak kata felo yang saya hormati, kita nie nak berubah. kita nie nak perubahan tapi mental kita seperti negara kelas ketiga, jadi macamana nak maju? Ramai yang saya lihat bila saya cakap pasal perubahan, wow bersemangat waja, tapi usaha takde. Bukan setakat usaha, sikap pon tak tunjuk pon mcm nak berubah. 


5. Sokongan
Ini saya rasa paling penting dan patut dihighlight di sini. Sesebuah projek tidak akan berjaya tanpa sokongan pelbagai pihak. Baik dari pihak pengurusan mahupun warga kolej. Apa yang jadi di kolej saya ialah, buat projek crowd yang turun ciput. Padahal untuk jalankan projek pelbagai usaha dan air mata dicurahkan, bila hari kejadian penonton sikit. Dari segi pihak pengurusan, ini paling penting, kalau pengurusan tak bersedia untuk berubah, JTK berubah pon takde gunanya. Sebab kuasa paling tinggi di tangan mereka. Jadi saya harap rakan-rakan di luar sana bila tak dapat kemudahan kolej ke apa ke, tak puas hati itu ini, jangan melulu maki JTK kat luahan UM. Kadang2 bukanlah salah JTK sepenuhnya, benda tu mungkin keputusan pihak atasan. Kadang2 jugak melibatkan kekangan kewangan, Jadi sebelum nak meluah, siasat dulu okay? :)

Jadi ini sekadar pendapat saya semata-mata. Banyak lagi point-point yang mampu memanipulasi hala tuju transformasi JTK tapi saya risau terlalu panjang entry ini sampai nanti saya sendiri pening nak membaca. Tapi kalau personally tanya saya mampu ke JTK ini ditransformasikan, jawapan saya, mampu kalau kami diberi peluang sepenuhnya untuk mengekpresikan kreativiti masing-masing tanpa mendapat kekangan dari mana-mana pihak. Dan pihak yang lagi atas dari kami pon perlu terimalah perubahan yang kami bawa, jangan tolak bulat2. Sekurang-kurangnya kita buatlah eksperimen menjadi atau tidak perubahan yang cuba untuk JTK bawakan. 

Baiklah. Apa yang saya tulis di sini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata. Saya pasti pengalaman setiap orang berbeza jadi pendapat juga berbeza, Tapi kebebasan bersuara telah memberikan saya hak untuk mengutarakan pendapat saya yang tersendiri. Samada anda hendak bersetuju atau tidak, tanyalah otak dan hati anda :)


Sekian,

Salam sayang
Fanitsyara Kam Phon

Tengs for reading Peeps :)

Pemudahcara Mahasiswa. Apa tu?!

Pemudahcara Mahasiswa. Kalau dengar apakah perkara pertama yang tercetus di minda anda? Kalau saya, bunyi macam fasilitator tapi ye ke?

YUP. Kalau apa yang anda fikir sama macam saya, then betul lah tu. Pemudahcara Mahasiswa sama seperti fasilitator. Kami memudahkan urusan serta membantu pihak pengurusan universiti menjaga kebajikan semua pelajar tahun pertama yang baru masuk sepanjang Minggu Haluansiswa.



Ramai yang tanya,

"Berbaloi ke jadi PM nie?"

Jawapan dia BERBALOI. cubalah korang tanya mana2 PM yang korang kenal. seronok ke tak diaorg jadi PM? susah sgt nk dengar diaorg ckp x seronok. 

Kenapa berbaloi dan seronok?

Sebab dia banyak. Meh saya rungkaikan satu persatu. 

1. Family


Kita dah ada family original kat rumah. Tapi, family PM nie ibarat family baru utk korang nanti. Walaupon bercampur bangsa dan agama and even warna kulit, but who cares anyway? Disebabkan training yang mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan dan PM ni training bersama sepanjang masa, bonding tu akan jadi padu. Dan percayalah bonding nie akan berkekalan. Kadang2 family PM inilah yang akan supporters korang, tempat korang luahkan masalah, makan sama2 even selepas habis MHS. Kalau family kita akan sentiasa tolong kita waktu kita ada masalah, sama la macam family PM. Korang akan menjadi satu family yang mempunyai minat, impian, dan tanggungjawab yang sama. Maybe korang x rasa lagi buat masa nie, or maybe ad yang baca skarang dalam hatinya terdetik "amendee laa fanit merapu nie" but percayalah, benda nie hanya geng PM je yg paham. Nak paham perasaan family baru nie, jadilah PM. berani tak?

2. Pengalaman

Orang cakap kematangan diukur melalui pengalaman, bukan melalui umur, Jadi melalui training PM nie, percayalah pengalaman yg korang dapat x sama mcm tempat lain. Bangun awal contohnya, macamlah kalau kelas korang start pkul 10 korang nak bangun pukul 5? Jadi melaui training PM nie, mana yang liat nak bangun tu, korang akan start ubah diri sikit demi sedikit sampai dah terbiasa. Dan bila buka semester baru, takdelah terlewat ke kelas lagi. Contoh lain, pengalaman mengawal emosi. Jadi PM nie tipulah kalau x penat. Gilalah kalau x penat, kena melayan karenah freshies yg berbagai, kerja lagi, terkejar2 masa lagi, tapi semua tu mengajar korang untuk jadi rasional. Apa yang sy sendiri rasa lepas jadi PM nie kan, "ak dah melalui training yg tough kat UM nie dengan banyak kursus berperingkat yg ak kena pergi, lepas nie tak da apa dah yang boleh buat ak lemah, because i've gone through a lot". Itulah apa yang saya rasa. Sounds scary, but it makes you stronger. 

3. Pengetahuan

Pengetahuan tidak hanya tersekat dengan kuliah dan tutorial kita yang berjela2 tu. Tanya diri korang, taw tak letterhead tu apa? Minit mesyuarat tu apa? Macammana nak tulis surat dengan format yang betul? Prosedur yang betul camna eh? Macam2lah yang korang boleh tanya dan semua tu boleh terjawab sewaktu training PM. Kita akan diajar macam2. Daripada filing sampailah ke prosedur yang kena mengadap orang luar, semuanya diajar. Sebab tula kenapa kami digelar Pemudahcara Mahasiswa, since kami tahu banyak benda, kami mampu memudahkan urusan anda. Itulah sebenarnya yang membezakan PM dan rakan2 yang bukan PM. 

4. Networking

Ramai yang tahu pasal kepentingan networking. Dah tahu kenapa masih di takuk lama? Joinlah banyak projek kolej. Tapi yang paling padu, masuk PM lah. Kita akan kenal pengurusan HEPA, pengurusan kolej, kawan2 PM kolej lain dan ramai lagi. Penting ke idok networking nie? Tipulah kalau tak penting. Seize the opportunity la bro. Dah ada pelung nak rapat dengan felo kolej, gunakanlah. Sangat membantu bila korang nak buat projek and korang perlukan pertolongan. Bukanlah ni platform utk korang membodek or whatsoever, ramai je orang kata PM ni amek kesempatan sebab dah ada networking, but orang tak fikir, how do we get the networking? Time orang yang sibuk mengata tu tgh rest and relaks kat rumah, PM kat kolej, prepare sehabis baik utk sambut freshies. 

5. Kenal freshies

Okay perkara nie bagi sesetengah pihak mungkin mcm x penting, but utk siapa yang motivated daripada dia first year lagi, selalunya menjadi impian utk PM menjadi org pertama yang sambut adik2 tahun pertama masuk ke UM. Kami nak mereka dijaga sebaik mungkin, ada orang yg diaorg boleh harapkan bila ada masalah, menjadi tempat rujukan mereka, nak mereka rasa proud sebab dapat masuk UM, kami nak kenal potensi dan serlahkan bakat yang ada pada diri mereka. Orang lain maybe x faham apa kami rasa, but utk siapa yang jadi PM, maybe korang faham apa yang sy cuba nak sampaikan. 

Haaa itu baru sikit kenapa berbaloi menjadi PM nie. Kalau nak tahu lebih lanjut sembang lah ngn PM korang, diaorg mesti ada persepsi sendiri dan pandangan masing2. 


Next, ramai yang tanya saya 

"Tak sayang cuti ke?"

Jawapan saya, TAK. hahaha memang tak sayang. hahaha sebenarnya PM nie balik je rumah. Cuma cuti kita kurang la berbanding orang lain. But then so what? Itulah yang membezakan diri saya sebagai PM dengan orang lain. Kenapa? Sebab saya sanggup BERKORBAN. Something yang x semua orang boleh buat. Saya x balik, saya sampai sakit berminggu-minggu semata-mata nak jadi PM dan sampai sekarang saya x menyesal langsung dengan semua tu. Saya lagi bermotivasi utk jadi contoh yang baik pada freshies, dan saya nak jadi PM untuk kali kedua. hohohoho

Soalan lain yang orang selalu tanya,

"Kenapa nak jadi PM"



Jawapan yang setiap PM bagi mungkin tak sama. But saya akan bagi jawapan saya.



Waktu sy first year, sy paling benci MHS. Sy x sanggup pon masuk balik ke MHS tu. Why? Bnyak faktor, sebab yang pertama, sy kena maki dgn PM sy waktu first day sy masuk UM atas kesalahan yg sy x buat pon. Yg kedua, sbb sy personally rasa yg bnyk lopong sana2 sini waktu MHS. Design tshirt x lawa, makanan pon xsedap, nak main hp pon x boleh. lari ke DTC dengan payung panjang tu,, perghhh i just hate MHS. Tapi lepas MHS, saya rapat dgn PM kolej melalui projek2 yang sy join. So time tu sy mcm jealous tgk PM selalu duduk bersama malam2 lepak2. Bonding kemain padu, ada masalah pape, roger je sesama diaorg. Makin lama sy duduk dgn PM, mereka cerita yg personaliti diaorg waktu first year x sama dgn second year. Ad yg first year kemain nakal, tapi bila jadi PM berubah 180 darjah, jadi seseorang yang mampu memimpin. And saya terpengaruh dgn cerita2 dan kesusahan yang mereka lalui utk jadi PM. 

Salah seorang dari PM kolej sy pernah beritahu sy 
"Orang x pernah tahu yang PM lalui. Ramai yang mengkritik, tidak kurang ramai yang memerli kononnya PM nie macai la bla3, ramai yang mengadu, tapi pernah tak mereka tanya PM pernah mengadu sakit depan diaorg tak waktu MHS? Pernah tanya diri sendiri tak kenapa mereka jadi PM? Pernah tak mereka untuk seketika fikir apa yang PM lalui demi kebaikan dan kesenangan yg mereka lalui sekarang?"


 WOW. 


waktu senior PM sy ckp macam tu, hati saya terus tersentap. Sy x pernah terfikir semua tu, apa yang sy fikir waktu first year, sy benci PM yg setiap hari garang kerja nak maki orang je. Tapi sy terlupa, PM pon manusia, ada hati punya perasaan. Jadi saya jadi PM. Saya sahut cabaran senior PM saya. Sy nak ubah MHS ke arah yg lebih baik. Nak baiki apa yg kurang berbanding tahun sebelumnya. Sy x nak freshies rasa apa yang sy rasa. Sy nak mereka rasa seronok sepanjang MHS tapi of coz, mana boleh seronok sgt. MHS tu tujuan dia untuk traing freshies dgn suasana baru di kampus. Waktu sy jadi PM, ada masanya sy hampir mengalah, tapi sy sentiasa simpan dalam otak, "remember why you start." 

Apa effect lepas jadi PM?

Perghh soalan mcm testimonial pulak. hahahaha 

Sy rasa sy semakin kuat. first year dulu sy kuat nangis. tapi bila sy naik second year, sy makin kuat menahan stress. sy makin organise. sy kenal ramai org. dan mungkin ramai yang tak tahu, jadi PM nie merit dia berbaloi. hahaha 



Jadi PM juga tiket utk anda menjadi JTK kolej. Last year, sy sendiri lihat betapa ramainya orang berbisik2 di belakang mengutuk pentadbiran kolej, jtk dan macam2lah berkaitan pengurusan kolej. tapi yang sibuk berbisik tu berani ke depan tak bila felo tanya siapa nak jadi PM? tak pon. sedangkan semua org pon tahu yang jadi PM nie selalunya berpotensi menjadi JTK. Inilah masa dia utk anda ubah apa yang anda rasa kurang pada kolej. Dan rasakan sendiri kenapa sesetengah perkara tak boleh disettlekan cenggitu je. Yang sibuk mengata tapi tak sahut cabaran nie, maaflah. bagi saya mereka nie tak ubah seperti PENGECUT. Lempar batu sembunyi tangan. Cari masalah yang wujud dan utarakan, tapi x mampu keluar dgn penyelesaian. 

Sama juga lah seperti sesetengah orang sebelum MHS bermula, ada yang cuba meracuni fikiran freshies yang masih belum jejakkan kaki ke UM dgn mengatakan PM ini syok sndiri. Jangan nak follow sgt. Kalau PM buli, telefon lah kami bla3. (sy tidak attack mana2 pihak, kalau terasa maafkan sy). Tidak kurang juga disaat PM berusaha sedaya upaya menyemai sikap syg kolej dan syg universiti sewaktu MHS, ada usaha pihak tertentu yg memburukkan UM dgn mengatakan yuran mahal lah sebagainya, hahahaha, kenapa yg sibuk meracuni itu tidak kedepan menjadi PM dan ketahui sendiri jawapan di sebalik persoalan yang bermain di fikiran anda? 



Sy sebagai PM tidak pernah mengharapkan mana2 freshies utk menjadi geng kami or member kami selepas MHS. Kalau mereka nak rapat dgn kami, kami sgt alu-alukan. Kalau nak kutuk or maki kami, terpulanglah. Kami takde hak nak marah. Dan kami tak pernah mengharapkan balasan atau pujian dari mana2 pihak. Ramai yang lupa, waktu kita blur2 time MHS, siapa yang tolong kita. Bukanlah niat sy melalui penulisan ini ingin mengangkat martabat PM. Oh tidak. Tetapi sekurang-kurangnya biarlah melalui penulisan ini ada orang yg dapat memahami walau sedikit apa yang kami rasakan sewaktu menjadi PM.

Terpulanglah kepada anda sekiranya lepas anda membaca penulisan ini anda rasa lagi nak kutuk PM or rasa mcm tergerak hati untuk jadi PM lepas nie. Niat sy sekadar mengutarakan apa yang sy rasa dan sy harap utk sesi akan dtg ramailah yg volunteer jadi PM. Sama-samalah kita ubah apa yang tak kena melalui cara yang terbaik. Dari menyalak tak tentu hala di fb merata. Baik kita ke depan bersama2 pentadbiran, kita sambut freshies akan datang dan kita pastikan MHS bagi mereka adalah kenangan terindah sampai bila-bila  :)



Salam sayang.

Fanitsyara
Setiausaha
Organisasi Pemudahcara Mahasiswa
Kolej Kediaman Ketujuh 
Sesi 2014/2015

Tengs for reading Peeps :)

How to survive in Matriculation?

Hai. Setelah sekian lama busy gilaa akhirnya dapat jugak tulis entry kali nie. Dah lama sebenarnyer berniat nak update blog, tapi hidup kat U nie mcm gila busy, kalau ada masa free pon nak rehat or tidur je. Study pon mcm eerr err hahahahhaha.

ramai adik2 junior zaman sekolah aku tanya aku pasal hala tuju lepas SPM. aku pon x boleh nak bagi cadangan yg sesuai sebab hala tuju lepas SPM bergantung kepada minat dan kemampuan masing2. Contoh nya kalau x boleh pergi bidang sains, janganlah cari pasal gali kubur sendiri amek sains kat STPM or Matriks. Rasanya sampai ke peringkat SPM adik2 patut tahu dah subjek apa yg menjadi kekuatan dan kelemahan. macam aku dulu, aku mmng alergi tahap gilaaaa punya dengan additional mathematics dgn physics. buatlah latihan banyak mana pon still lampi mcm x belajar hahhahahah. oh i feel so stupid. 

Okay back to main topic, ramai yang mcm ragu2 boleh ke kak fanit saya nak survive kat matriks? x susah ke? etc yabebabedu soalannya. jadi tergerak pulak hati aku nak kasi tips berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang matrikulasi. tapi x semestinya benda nie sesuai utk semua org, so jgn ikot sgt, kalau rasa x kena, x payah follow, follow yang baik2 je hahahahaah,

1. NIAT
kata member2 aku zaman sekolah dulu niat tu penting. waktu first time aku masuk matrik, felo aku ckp cmnie, "kalau awk niat nak belajar dan berjaya itu yg awk akan dapat, kalau awk niat nak bercinta kat sini, itulah yg awk akan dpt nanti"

percaya atau tidak, waktu ak dengar ucapan dia, serious aku bertekad dalam hati, pape pon jadi aku nak study, walaupon ak melagha jugak kadang2 berjimba jimbo, tapi study tetap no 1. kalau korang rasa time sekolah dulu korang bangang x paham apa, jangan risau, matrik nie korang ibarat start dari zero balik. so korang dikira compete dgn adil lah dgn member2 lain. yang membezakan usaha korang je. kalau usaha dapat lah, kalau amek x kisah je, jangan tnyalah kenapa pointer ko teruk nanti. 


waktu kat matrik ada member2 aku yg kapel, dan aku berani kata lah, 90% dari mereka fail and out (kena buang matrik) dan lagi 5% pointer sedang2 (sedangkan pelajar cemerlang) dan lagi 5% mampu berjaya sampai sekarang. 

terpulang pada korang nak niat apa time masuk matrik, tapi ingatlah kat matrik nie lah peluang terakhir nak baiki pencapaian diri dan berusaha ke arah course yang korang nak. kalau masih nak main2 tu, buat bazir duit mak ayah dan elaun matrik je. baik ko dok umah kawen je, senang. 

2. TIME MANAGEMENT
yang nie aku x mampu ajar lebih2 sebab aku sendiri pon tunggang langgang kadang2. tapi percayalah benda nie bergantung kepada individu. ada orang dia mampu masuk macam2 aktiviti serupa orang gila tapi pada masa yang sama result exam perform. ada juga orang yang pasif nak mampoih keluar bilik joging pon x nak tapi pointer serupa budak busy x pernah masuk kelas. 


tiada sape boleh ajar korang mcm mana nak manage masa, korang kena experience sendiri dan susun masa supaya korang ada masa utk berehat dan buat tutorials. kalau science students, cari lah masa utk buat lab report. hahahaha.

3. FOKUS
pasal fokus nie aku x layak sgt nak ckp sbb kadang2 ak sendiri ke laut time kelas. tambah2 matrik melaka tu mmng sebelah laut, pergh panas dia kemain, tidur tu rutin dalam kelas. tapi time aku segar bugar, aku akan make sure aku fokus gila dalam kelas. cara utk fokus tu tgk org, mcm ada mmber aku dia kena catat baru dikira fokus dan senang ingat. mcm aku, ak dengar je. dengar dan fahamkan. kadang2 mcm biology kan, benda2 mcm konsep2 nie korang kena faham. kalau hafal x de guna, nanti soalan pusing sikit, korang terus biol. 

kalau korang x mampu fokus kuliah, korang fokus lah time tutorial, banyakkan tanya, even soalan bodoh pon tanya je. buat je x taw malu. kadang2 yang soalan bodoh tu la keluar exam. serius x tipu. hahahaha

4. CARI PELUANG
be active. jangan pasif mcm zaman sekolah. time matrik nie even busy dengan study, bukan alasan utk korang x aktif benda2 lain. x banyak pon peluang yg ada kat matrik utk aktif, tapi korang boleh volunteer utk pegang jawatan. benda2 mcm tu bagus sbb bagi pendedahan awal pasal kepimpinan utk korang. Jangan nak riak dengan jawatan pengawas zaman sekolah, tak kemana pon jawatan tu sbb sekolah tu skop dia kecil. kat matrik nie korang akan berhadapan dengan student dari background yang berbeza. belajarlah utk berurusan dengan orang2 baru dan persekitaran baru. berdikari sikit. 

nanti akan ada soalan mcm " sape nak jadi ketua blok" korang x payah pandang kiri kanan, volunteer je jadi, jangan takot korang x mampu galas tanggungjawab tu, sbb felo akan bantu, (kalau matrik melakalah). jawatan kecik2 mcm ketua aras pon kalau ad peluang amek je. 

KAKOM lagi lah, kalau korang boleh main sukan pape lah, x kisah lah kalau korang x hebat mana pon, cuba lah sedaya upaya wakil matrik korang ke Karnival Sukan Kolej Matrikulasi (ehh nth betul ke idok) kalau korang wakil ke KAKOM nie, markah koku dah 100% (kalau matrik melakalah) hahahaha.

5. BUANG
haaa buang nie kata kunci terbaik. buanglah perangai lama yg buruk2 zaman sekolah tu. nie dah nak masuk matrik nie matured lah sikit. agk2 yg suka dok bergosip mak jemah tu boleh kurangkan. kalau suka kutuk2 orang kat belakang tu silalah kurangkan. kalau asyik malas buat homework time matrik rajin2kan lah. masuk matrik nie binalah personaliti baru yang terpuji. chewaahhh. setahun kat matrik x lama pon adik2 sekalian. pejam celik dah setahun. tapi tempoh tu cukup utk korang kumpul banyak pengalaman dan percayalah berguna bila masuk Universiti nanti. 

*********************************************************************************

Okay lah semua, sekian lah tips2 yg nth berguna ke idook utk korang. kalau ada pape soalan pasal matrik boleh tanya kat aku, kat fb ke twitter ke or kat sini ke. jangan takot sgt nak masuk matrik, konon2 dengar kata susah lah bagai. x susah mana pon kalau korang belajar. kalau belajar ada harapan dapat C, kalau rajin sikit dapatlah A. comfirm uolls. hahaha. 

Jangan rasa rendah diri jugak bila masuk matrik, ad orang kata matrik nie tempat budak2 terbuang yang mana x dpt fly x dpt pasum, masuklah matrik. eleh persetankan semua tu. lepas 3 bulan masuk matrik, segala macam kritikan ke atas matrik akan diam sendiri sebab semua org busy dengan life masing2. 

Good luck pada yang dapat matrik, usahalah yg terbaik. jangan sia-siakan tempat korang kat matrik sebab ramai lagi berebut nak masuk. jangan riak dengan result spm kalau gempak lah result korang tu, dan jangan rendah diri menyembah bumi sgt kalau result x seberapa. 

Lupa nak ckp, bak kata member aku, masuk matrik nie ibarat sebelah kaki dah masuk Universiti, cuma U apa korang tentukan sendiri pakai pointer korang. kalau pointer gempak diiringi bakat2 lain yg hebat, selamat datang lah ke Universiti Gempak yang ada kat Malaysia nie. 

Sekian, semoga berjaya uolls :)





Tengs for reading Peeps :)

LARI !

hye everybody, i'm back !
after a few months i don't even bother to click on any link to my blog,
 and today i'm in front of my lappy, writing a new entry. 

the reason why i don't visit here for the past few months is actually because i don't dare to look at my previous entry about my dear friend, izzat who passed away suddenly. i just cannot accept the fact that he was no longer in this world, and it takes time for me to let him go. 

BUT!

i managed to let go and accept the fact that he was gone. 

SO

i'm here today to write an entry about my crazy moment last night.

i'll use rojak language okay , since its my story, i'll write it as i damn fit. 
bear with me please hahahaha

ehem ehem.

my lecturer once said this to me 
"think out of the box, and try to look at a problem from different angles"

this was what i did last night.


it was actually unexpected situation. 
i was waiting for my friend at seventh college and we're actually planning to go to the KL central. i wanna meet my best friend during matriculation days and i was afraid to go alone, so i drag my dear azizah ana along. we promised each other to meet at 7.45 pm but jijah *azizah ana nickname*  really take a lot of time to prepare herself. but i don't mind waiting since i'm not in hurry. 

then, my friend, fatin was walking in front of me dragging her luggage and her face looked pale. she told me that she was waiting for her taxi and it seems like the taxi will not be able to arrive on time since there's bad traffic jammed. 

"tiket ko pukul 9.15 and ko still dalam um? sekarang dah kol 8 wey, ak takut ko x sempat, better ko pegi je um sentral amek teksi or bas kat sana" 
itu apa yang aku cakap kat si fatin. and dia pon pergilah um sentral. 

after a while, si jijah nie muncul, and both of us walked to um sentral because we planned to take a bus to stesen universiti. 

we arrived at um sentral and guess what?

kereta berlambak bergerak macam siput. kura2 pon lagi laju -__-

i was like WTH?


it was 8.20 when we get into that super cramped rapidkl bus. 
and i saw si fatin in the same bus with me. 

i told jijah about fatin's situation and jijah told me 
"sebenarnya kalau jalan jammed, better jalan dowh, lagi cepat sampai"

i was like, ouh really ? and terus diam krik2 like nothing happen. 

then i realized that our bus move only inch by inch which means really damn super slowww!!

its was 8.35 when i suddenly feel worried about fatin's bus ticket. and i ask jijah if we can make it on time to pudu if we walked now. 

then, i called fatin (dia di pintu depan, aku dan jijah tersekat di pintu belakang)
and ask her to ask the drebar bukak pintu rapidkl nie.

"jijah, atin, korang larat x? ak nak cadangkan kerja gila nie,"

JOM LARI!!


i took fatin's luggage and ran as fast as i can, leaving behind jijah and fatin.

OMG. it was super laju and super penat. and of course stesen universiti was not that closed to um. 
imagine running and dragging along a luggage while shouting,

"TEPI TEPI. KAWAN SAYA NAK NAIK BAS NIE !! TEPI TEPI! MOHON LALUAN!!"

and of course everybody was starring at me as if like i'm a mad woman. 

we managed to get on the lrt to masjid jamek and it was around 9.10 pm.
luckily for fatin, the bus driver decided to wait for her, and of course she's double lucky to have crazy friends like us. *bukannakbangga*

yela, berapa ramai je nak tolong kawan sampai ke tahap tu kan? and fatin is just a friend that i know for a month. 

we arrived at masjid jamek and again, pecut like usain bolt to change to another lrt. i don't know what's the line since i'm not that familiar to kl. and its answer why i need jijah to join this super amazing run. she's the only one among us to know more about kl. hahahaha

we arrived in puduraya, not on time but thank GOD, fatin managed to get on her bus to perlis. 



after that, AGAIN, me and jijah pecut patah balik to kl sentral because we're supposed to meet my friend there. thanks to ADI ZAFRAN because he still waiting for us there even after 2 hours. 



OUH!
there's certain things that i have to highlight about this amazing experience,

1. FATIN
Yang nie lawak sikit, fatin ada cakap waktu kami dalam lrt,
 "kalau aku x sempat naik bas, aku sentap abis wey, aku dah beria melambai2 showoff member2 aku kat um kononnyer lah balik malam nie, malulah lah wey kalau aku balik UM, and cakap, ak terlepas bas. "

dengan muka penat pucat fatin tu, perghh kalaulah aku boleh record. lawak bangang sampai nak berguling dalam lrt. hahahaahah

2. JIJAH.
kesian dia. its actually her birthday and i can say paling malang kot. sebab petang tu hujan lebat dan dia masuk kelas basah lencun, malam pulak terpaksa lari pusing kl. dan ini ayat terbaik dia
"fanit, seluar aku dah longgar sikit la"
yang mana sangat lawak sebab jijah nie fizikal dia comel2 sikit. hahahahaha

3. PENGAJARAN
sila bertolak awal kalau tahu jalan jammed and plan your time. mmng pudu x jauh mana dari um, kalau boleh, keluar lah 3 jam awal. kita tunggu bas xpe, sbb bas sememangnyer jarang nak tunggu kita.
AND .. of course kalau jalan jammed, x payah la nak amek kenderaan bergerak ke pengangkutan awam ke mana2. better jalan. 

4. MYSELF
i told this story to my friends, and ada yang tanya
"x menyesal ke fanit tolong kawan sampai macam tu sekali? angkut luggage siap lari macam orang gila?"

and this is my answer 
"LANGSUNG TIDAK"

kenapa? 
sebab aku percaya, apa perkara baik yang aku buat sekarang, Tuhan akan nampak dan aku pasti ada balasannya kalau aku ikhlas. mungkin bukan sekarang, mungkin balasannya x pada aku, tapi mungkin pada family aku kan?
mungkin jugak kalau in future kalaulah family member ak menghadapi masalah yang sama, i just hope that they'll have someone to help them like what i did to my friend yesterday.

tired? of course. sape x penat lari mcm orang gila dgn perut kosong dari pagi. 
but even if u ask me again "menyesal tak?" in future , my answer will remain the same,

tidak menyesal. 

i feel glad that i can to something for my friend walaupon bukan tolong pinjamkan duit, but at least in future,
when the 3 of us x kan berjumpa lagi, but i will remain in her memory as someone yang pernah tolong dia buat kerja gila. hahahaa, 
and thank GOD, i have super sporting jijah as my friend, yang sentiasa berada di sisi bila dalam keadaan kritikal. 

the purpose i write this entry actually bukanlah nak menunjuk2 
tapi,
nak menyeru pada di luar sana, 
macam mana semangat setiakawan, 
macam mana kita boleh bantu orang tanpa perlu mendaftar menjadi sukarelawan,
 macam mana kita menyelesaikan masalah dari sudut berbeza,
 macam mana kita nak bantu kawan kita bukan dari sudut harta benda 
dan macam2 lagi yang ak belajar sejak peristiwa semalam.

dan juga in case in future kot2 lah aku hilang ingatan, aku boleh refer blog aku kan? hahahaha

thanks to fatin, jijah and adi for the awesome night! love uolls *gayaretis* hahaaha

that's it guys. maaf kalau terbosan or tertinggi diri. 
k. bye :)







Tengs for reading Peeps :)

R.I.P Izzat Ahmad.

semalam..

 16 jun 2013, 
pukul 11.20 mlm, seorang kawan baik aku , meng kol. time tu aku tgh syok tgk cerita siam kat astro siam.
time meng kol, suara dia pon lemau semacam je, selalu kalau dia kol kemain bersemangat, aku pon jadi pelik, dah kenapa nie?

meng cakap, 
"fanit, taw x, izzat dah x de. dia meninggal time accident. ko bukak la fb tgk, "

SPEECHLESS. 
dicampur dgn x percaya. mmng jatuh terduduk. sangat x percaya.
mana mungkin someone macam izzat yang periang, ceria, dan baik boleh meninggal secara mendadak. 
baru je minggu lepas aku panggil dia chipsmore sbb dia selalu hilang. tapi kali nie, dia dah betul2 hilang.
x de lagi kat muka bumi nie. :'(

aku pon bukak fb. tgk2 mmng betul. hafifi ketua kelas aku post kt group praesto kata izzat dah x de. 
perasaan aku time tu, perghh gila terkejut. nasib x de lemah jantung je 

rasa x percaya masih lagi wujud. kalau boleh nak je someone bagi tawu, nie suma prank semata2, 

aku pon kol si adib, kawan baik izzat dan kawan baik aku kt matrik. someone who i really trust.

adib pon ckp izzat dah xde. aku pon mmng terpaksa terima kenyataan bahawa salah seorang kawan baik aku kt matrik dah meninggal. 


Muhammad Izzat bin Ahmad. 
waktu first time aku masuk matrik, sem 1 mmng x bercakap sgt dgn izzat nie.
dia pendiam, bnyk buat keje sendiri je.

time kelas ping pong aku ingat lagi, dia boleh pulak hentam bola ping pong kat kepala aku.
hujung sem 1 baru aku bnyk bercakap jugak dgn dia sbb dia masuk kakom.
dia wakil bola tampar, a very good player, kesayangan KJPP nie.

kenangan di kolej matrikulasi kedah bersama hafifi dan arwah izzat

bila habis kakom, masuk sem 2 baru rapat dgn dia.
sbb kitaorg saling mengejek2 pasal kenangan kat kakom. masing2 x dapat medal.
asyik nak drop group yg habis game awal. 

lepas tu barulah aku, meng, adib, fifi, amir ngn izzat jadi rapat. tiap2 petang kalau free mesti pergi makan sama2 kat kafe A. kalau x de plan pape akan pegi lepak sama2, kalau rasa malas, escape kelas sama2. 

kalau aku yang baru rapat dgn dia berapa bulan pon dah sedih gila, apatah lagi kawan2 dia yang kenal dia dari kecik, family dia lagi. :'(

macam2 kenangan dgn si izzat nie.

antaranyer,

-pernah tampar izzat sbb dia ejek aku. (sorry izzat) :'(
- aku ngn fifi usik dia sbb dia x dpt medal time sukan melaka
- main bola tampar sama2, walaupon aku kurang suka dan selalunyer duk tepi jadi penonton setia
- makan kat kafe B or A and buat lawak bodoh pasal macam2
- time pg A famosa resot, tiup api ngn dia ngn fifi sampai hitam muka.
- bakar ayam sama2.
- dia semangat nak reka lagu thong hua kat handset ammar sbb nak menunjuk kat aku. 
- outing tgk cerita Oz the Great.
- pinjam homework maths dia, tiru kaw2 

BANYAK lagi perkara pasal dia. 
sbb izzat baik, x pernah marah, penyabar, cool je, kalau aku nak marah pon, dia akan tahan kata sabar fanit.
aktif, suka tido, bnyklah perkara positif pasal dia yang x dpt aku lupa. 

kata orang, mereka yang baik nie akan pergi dulu. 




Apek penah cakap kat aku, 
izzat nie pandai tapi dia malas. dia genius. 
mmng betul pon apa apek ckp,
sbb ad sekali time kelas maths, sir hamzan xde, 
lepas tu kami kena buat soalan pasal permutation kot kalau x silap, 
suma org x ley nak selesaikan soalan tu, izzat je yg mampu buat.
mmng pandai pon dia. ketua kumbe maths aku kot.. :)



takziah buat keluarga arwah dan sepupu arwah. harap dapat tabahkan hati dan kuatkan semangat. 



Rest in Peace ,

Muhammad Izzat bin Ahmad
Praesto S11P5. Malacca Volleyball Team.
Malacca Matriculation College
2012/2013

a good friend will never die, he will always remain in our memories forever. :')










Tengs for reading Peeps :)

Matriculation life part 4.

hi again to all my readers :)

now its time for part 4. 

kali nie kerana ada request from one of my beloved junior. 
aku akan update pasal bilik, bdn kepimpinan dan suasana belajar

okay, first pasal bilik. 
dalam satu bilik, maximum pelajar 4 orang, tapi ad certain cases yang bilik dia cuma 2 orang or 3 orang, seorang selalunyer xde. rugi je la kan kalau satu bilik besar, 4 katil tapi sorang je duduk dalam tu. lagipon seram jugak bersorangan kan? 

dalam satu bilik tu, susunan bilik itu bergantung pada kolej tu sendiri. mcm matrik melaka, susunan dia mcm nie. 


haa, kalau korang perasan, ad katil, meja, kerusi dan yang x kelihatan dlm gmbr tu almari. 
cukup paker utk belajar dalam keadaan selesa

Namun. untuk kolej-kolej lain, susunan nyer berbeza dan perabot pon berbeza. 
contoh mcm matrik kedah, time aku pergi sana sbb KAKOM. kalau x taw KAKOM apa klik sini  

kolej kedah mmng mewah la berbanding melaka, sbb kolej baru, 
almari depa mmng besarr,, besi pulak tu, melaka punya kayu je, tp x per bersyukur
meja ngn kerusi dilengkapi lampu study, siap dgn rak buku, pergh, syok gilaaa
mmng best la, so yg dpt kolej melaka, jgn sedih pulak, x payah jugak gatal2 nak tukar kolej lain sbb melaka x lawa, x kan dapat tukar punya, so terima seadanyer, alaaa, setahun je pon

aku boleh survive takkan korang x ley kot ? :O

haa, lupa pulak, roomate x boleh pilih, nasib korang lah dapat sape, sape saja yg korang dpt, jgn pulak sombong angkuh buat kepala pulak. x kisah lah roomate korng bangsa apa, mesti respek privasi dia, jga adab, jgn gadoh2, okay? budak bilik aku satu malaysia kot, ada siam, india ngn 2 orang melayu. elok je, x de masalah pon. 



lupa nak pesan, mcm yang aku ckp dlam entry sebelum ni kan, korang jgn segan2 nak amek jawatan pape, 
bila kolej life nie x payah pikir malu or kena boo ngn member. yang korang pon jgn nak membooo boo orang. itu perangai zaman budak mohon tinggal kat rumah. buat malu kat orang. 
time orientation selalunya kakak2 abang2 fasilitator akan melantik random je sape2 utk pegang jawatan mcm   ketua blok, penolong ketua blok dan lain2 lagi. so jgn malu jgn segan, kalau ad kepimpinan, mesti yakin. mcm aku, aku sukarela jadi penolong ketua blok, jgn risau penerimaan orang, kalau korang buat keje, orang x kan ckp, lagipon orang pon bosan nak kutuk lama2 kan?

Badan kepimpinan yang ada aku rasa maximun pon 4 kot yang utama. kalau kt matrik melaka lah kan, nie badan2 kepimpinan yang ada, 

Nadi tarbiyah pelajar (mcm nie kot ejaan dia)
-nie ala2 badan dakwah la, menjaga kebajikan pelajar islam di samping menganjurkan aktiviti2 berbentuk islamik kat surau dan kolej. 
-kalau kat matrik melaka, selection utk ahli dia buat time orientasi dan ahlinya dipilih oleh ex students kot, kalau rasa anda berbakat dan berminat, join lah okay? :)

Pembimbing rakan dinamik
-ala2 pembimbing rakan sebaya, 
-tugas dia, err aku pon x sure nak ckp sbb aku kurang nak amek tawu, tapi kalau berminat boleh lah join, tunggu je pengumuman, cpt2 pergi serahkan borang ahli, jgn malu jgn segan

Suruhanjaya pilihan raya.
-jgn main2, ingt PRU je ke ada SPR? kolej pon ada taw :D
-yg nie akan ada pengumuman, then korang gi je la cuba nsib kot2 dapat kan
-keje x bnyk pon, time seminggu nak ke pilihanraya JPP tu je busy sikit, lepas tu, korang pon x engt yang korang pernah jadi SPR. hahahahaha

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
-haaa, nie mcm wakil rakyat gitu. tapi bezanyer, mereka bersuara bagi pihak pelajar 
-kalau nak join, korang kena kempen utk diri korang sendiri, ada manifesto sendiri, 
-yang penting mesti ada keyakinan taw ;)
-sape yg dpt pegang jawatan nie mmng akan dikenali ramai la kt kolej. hahahahaha

next, pasal suasana belajar,
first of all yang korang kena tawu, korang akan ada praktikum, praktikum nie mcm kelas lah,
ahli2 kelas nie tetap and korang akan sentiasa bergerak dalam kumpulak kecil nie. 
xramai pon satu praktikum, selalunya xkan mencecah 30 orang pon. kalau akaun, lagi kecil bilangan pelajar, sbb total students akaun kat kolej pon mmng x bnyk





first day nanti, korang mmng segan2 nak ckp ngn classmates korang, tapi bila hari last, mulalah berdrama swasta menangis2 bagai :P

hahahah, hargailah classmates korang nie ea, diaorg lah yg akan study sama2 and survive sama2 ngn korang nanti.

pasal kelas suda, pasal timetable pulak. 
mcm aku pernah ckp dlm entry sebelum2 nie. (sila rujuk entry sebelum ini kalau nak tawu)
ada lab, kuliah ngn tutorial utk budak sains.
lab tu mmng experiment je la, kena buat lab report, mula2 tu mmng rajin gila buat sendiri, siap rujuk internet lagi. namun semakin hari semakin malas, dan akhirnya aku tiru orang punya je senang. hahahahah
jgn malas mcm aku okay ? :P

kuliah pulak, sume subjek ada kuliah. kuliah nie tmpt utk lecturer habiskan silibus. 
kat sinilah korang belajar, so mesti fokus time nie supaya x ketinggalan. jgn jadi cm aku, aku malas. hahahaha. nasib baik lah result x teruk sgt. satu kuliah tu bergantung pada kolej tu sendiri. mcm kuliah aku, kuliah S11. kulian terbesar kat matrik melaka. students ada 200++. mmng ramai. nie contoh dewan kuliah kt matrik melaka. x clear sgt sbb tgh bergmbr kan. mestilah fokus kt muka, x fokus x dewan kulah sgt. :P









fokus okay time kuliah? jgn main2 .:P

tutorial pulak. 
tutorial tu kelas yang korang akan buat latihan pengukuhan utk paham betul2 apa yang dipelajari time kuliah. 
time kelas nie korang akan duduk ikot praktikum. (kalau x paham sory la ea, nanti rasailah sendiri)
nanti akan ada buku tutorial yg korang kena buat and ikot lecturer jgak, ada yg suka bagi latihan sendiri
(maaf. tiada gmbr tutorial. hahahaha)

tapi ada gmbr time kelas koku

eyh. aku lupa nak ckp. ada kelas ENGLISH. wajib amek. siap ada exam lagi. markah x diambil kira. tapi tetap penting. xkan nak cacatkan result dgn ada C kan? tapi jujurlah. aku pernah dpt C tp aku x kisah sgt, sbb fokus utama pada muet. and syukurlah, aku dapat band 4. :)
rasa mcm dah pnjang sgt entry nie, so kita stop kat sini dulu

ADIOS. :)





Tengs for reading Peeps :)

COPYRIGHT@segala yang ditulis adalah hak milik Mizsaxes-diary.blogspot