Matriculation life Part 1.



HI peeps. Akhirnya setelah berbulan2 tercapai jugak hasrat nak update blog nie. Sebelum nie bukan x nak update tapi busy sgt, lagipon wifi kolej mmng harapanlah kalau nak update blog. asyik terputus2 je =.='

okayy, seperti yang dijanjikan to certain of my juniors, semua orang eager nak tawu pasal matrik life nie,.
nak menjawab soalan setiap orang mmng lah memeningkan, asyik nak kena terang benda yg sama, so i decided to update je dlm blog so that x payah lenguh2 tgn nak membalas soalan sume org. ;)

macam mana nak mula ea? panjang berjela2 kalau nak cerita satu2, so dah bahagi siap2 entry nie, siap buat part by part lagi. muahahahahha! :DD

first of all, nak bahasakan diri apa ea? err, aku boleh? aku je la. hahahaha lagipon its my diary. :P

selepas spm 2011, berbekalkan keputusan spm yg x seberapa sgt, cuma 8A je mampu, Kolej Matrikulasi Melaka telah menawarkan tempat dalam kolej mereka utk aku. cheewwaahh ayat.

28 Mei 2012, aku pon gerak lah ke melaka bandr bersejarah, my family bertolak awal sehari sbb takut kelam kabut hari sebenar nanti, so bila sampai awal tu, mmng berjalan2 dulu lah kt area melaka,

TAPI. Matrik melaka bukan dkat bandar melaka yaa adik2 especially yg dpt matrik melaka tu, matrik melaka dkat Londang, Masjid Tanah. agak lah hulu sikit, dkat sgt dengan laut, lebih kurang 5 km je kot, or x sampai 5 km pon, errr, asrama lelaki agak dekat dgn kilang proses ayam. hahahahaha

sorry la dkat adik2 yg dpt matrik lain selain melaka, sbb aku dari matrik melaka, x sure pulak matrik lain tapi matrik penang tgh2 bandang sawah tu haaa matrik kedah dkat sintok, matrik gopeng betul2 sebelah sbpi gopeng  and matrik n.sembilan boleh dikatakan hulu la jugak. agk setanding dgn melaka.

Dari segi bangunan, matrik melaka dgn matrik n.sembilan mmng sama, sebijik terutamanyer, bangunan asrama, buat junior2 yg nak masuk matrik melaka ngn n.s nie, mohon jgn melopong pulak tgk kolej kediaman, mmng kurang nak lawa sikit, tapi mampu survive la. hahahaha


haaa. itulah kat belakang tu kolej kediaman, kalau korang perasan lah. xde gmbr full la pulak, xterpikir pon nak amek. hahahah

matrik kedah , gopeng dan penang, dikira kolej baru jugak lah . time kakom (akn diceritakn dlam part lain) matrik kedah tuan rumah, kolej kediaman dia perghhh besar dan mmng syok abes. hahahaha

mari kita bercerita pasal minggu pengurusan pelajar baru pulak.

minggu nie mcm minggu orientasi la jugak sebenarnya. korang batch 13/14 nie daftar 27 Mei kan? kan?
ikotlah arahan dalam surat tu daftar bila. mcm matrik melaka, selalunya mereka akan include korang akan daftar fasa 1 ke 2 ke 3 ke, sbb nak elakkan kesesakan. kalau ada yg x ikot tu la yg sesak gila nak mampus mcm time batch kitaorg.

time mendaftar nanti, make sure dokumen2 yg diperlukan tu bawak, dan LENGKAP. jgn lopong sana sini nanti bila delay pendaftaran sbb bnda2 cmtu, barulah korang merana baru nak ingt kt pesanan aku nie.
kalau boleh time daftar tu, especially bakal budak melaka, dtg satu kereta ckup lah, xperlu kot nak bawak sekampung nak menghantar korang. jangan musykil jangan gelak, sbb bnda nie mmng terjadi, smpai kesian aku tgk atuk nenek diaorang duduk bawah pokok kepenatan dan kepanasan. lagipon lecturer aku pon suruh pesankan benda nie jugak.

bila mendaftar nanti, x dinafikan mmng sesak. bayangkanlah 2000++ students nak mendaftar, so jgn pulak korang pergi mengamuk x tentu hala. sume orang pon penat. so consider org lain jugak okay? and also, jgn nak kerek2 ngn sukarelawan kt situ. sukarelawan yg tolong korng tu ex-KMM taw. senior korang okay, so respect sikit, lagipon sukarelawan bukan calang2 orang, selalunya mesti budak pandai and akfit koku. jgn nak marah2 sukarelawan pulak.

next, pasal cuaca, matrik melaka mmng panas. and panas dia, pergghhh mengancam. panas membakar, bukan panas biasa. dalam seminggu minggu orientasi tu, korang akan amek masa nak sesuaikan diri dgn cuaca dia, yg bukan orang melaka mcm aku nie, mmg ada yg akan demam truk, mcm aku dulu. hahahah
tapi kalau time cuaca sejuk, pergghh, mcm london beb, dah bukan londang dah. hahahaha

minggu orientasi tu akan mendedahkan korang pada bnyk perkara, so jgn nak escape2, =='

mari kita bercakap pasal subjek pulak,
mungkin time korang terima surat tawaran matrikulasi, dia akan mention korang aliran sains, akaun atau teknikal je kot (klau x silap la)

tapi bila korang smpai matrik, pihak kolej akan decidekan utk korang , modul apa yg korang akan dpt,
utk akaun xde masalah, mmg x de modul pon, tapi utk aliran sains dan teknikal mmng ada modul. pasal teknikal punya modul mmng aku x sure, tapi sains punya modul adalah seperti berikut. :

modul 1 : biology, physics, chemistry, mathematics
modul 2 : physics, chemistry, mathematics, science computer
modul 3 : biology, chemistry, mathematics, science computer.

utk akaun : akaun, business, ekonomi, mathematics.

selain subjek di atas, ada jugak subjek extra yg wajib amek, mcm koku(mcm PJ) , kemahiran dinamika, moral/agama islam.

bila korang dpt modul nie, mungkin ada sesetengah dari korang yg x berminat. mcm x minat physics or biologi, so korang boleh tukar modul . jgn risau. tapi make sure korang betul2 confident dgn keputusan tukar modul tu . modul nie ditentukan oleh pihak kolej mengikut result spm rasanyer lah. tapi mcm aku ckp tadi. mmng boleh tukar, tnggu je makluman kolej nanti.

okay, cukup dulu kot entry part 1, nanti part 2 akan menyusul :)
kalau nak tnya pape, just komen, nanti akan dibalas. ;D


Tengs for reading Peeps :)

2 comments:

simran jj said...

hahhhah...kondem kmns pehh :P

Unknown said...

haha..ape ni fanit..aku nak bace care belajar kt matrik..hahaha...stress ke yidokkkkk...:D

COPYRIGHT@segala yang ditulis adalah hak milik Mizsaxes-diary.blogspot